Tajuk : Alami ‘Mood Swing’, Shima Anuar Lebih Banyak Berehat
link : Alami ‘Mood Swing’, Shima Anuar Lebih Banyak Berehat
Alami ‘Mood Swing’, Shima Anuar Lebih Banyak Berehat
Tiada kata-kata yang dapat diungkap Shima Anuar, 26, untuk menggambarkan betapa gembira dan bersykurnya dia saat mengetahui dia bakal bergelar ibu selepas disahkan hamil enam minggu.
Shima ketika ditemui baru-baru ini berkata, selepas membina rumah tangga bersama ahli perniagaan Mohd Solih Toha pada 8 April lalu, dia sememangnya mengharapkan agar segera dikurniakan cahaya mata.
“Alhamdulilah syukur. Kandungan saya baru enam minggu. Saya dan suami sangat teruja bila dapat tahu kami bakal bergelar ibu bapa tak lama lagi. Saya memang harap sangat cepat-cepat dapat baby.
“Sebenarnya sebelum ini ketika ertama kali saya uji sendiri, tiada tanda menunjukkan saya hamil. Tak sangka pula, dua minggu selepas itu, saya saja uji, macam ada tanda pula. Jadi terus saya melakukan pemeriksaan dan doktor sahkan saya hamil.
Menurut pelakon filem Tujuh Petala Cinta ini, dia kini lebih banyak berehat memandangkan usia kandungannya masih baru dan belum betul-betul kuat. Meskipun berbadan dua, katanya, tetap berpuasa selagi diri terdaya.
“Setakat ini, saya tetap berpuasa selagi boleh. Sepanjang bulan puasa ini saya memang tidak jalani penggambaran. Lagipun dalam keadaan ‘mood swing’ sekarang ni, saya lebih banyak berehat di rumah. Kalau keluar pun, untuk menghadiri majlis berbuka puasa.
“Untuk perancangan selepas raya pun saya belum tahu lagi sama ada saya akan jalani apa-apa penggambaran atau tidak. Kalau saya larat saya akan buat tetapi kalau tidak larat, saya terpaksa menolak tawaran kerana tidak mahu menyusahkan produksi,” kata pelakon drama Pembancuh Kopi Mr. Vampire ini.
Seperti mana yang dialami kebanyakan wanita lain, Shima juga tidak terlepas dariipada mengalami alahan. Selain itu dia juga kurang selera makan.
“Awal-awal memang saya alami alahan yang teruk tapi sekarang semakin okay. Tapi sekarang selera makan saya pun berkurang.
“Sebelum ini saya suka bau minyak wangi, tapi sekarang saya tak boleh bau terutama kalau wangian itu baunya terlalu kuat,” kongsinya tentang pengalaman melalui fasa awal kehamilan.
Raya di Kampung Suami
Mengenai sambutan Aidilfitri pula, tahun ini Shima mendahulukan kampung halaman suaminya yang terletak di Tapah, Perak. Selepas itu baru dia pulang ke kampungnya di Rawang.
“Tahun ini, saya beraya dulu di rumah keluarga suami di Tapah kemudia baru balik ke rumah keluarga saya di Rawang. Jarak antara dua lokasi ini tidaklah terlalu jauh, jadi tiada masalah bagi saya yang pertama kali beraya di rumah mertua.
Kata Shima lagi, setiap kali meraikan hari raya, dimanfaatkan sebaiknya untuk berkumpul bersama adik-beradik serta menziarah sanak saudara.
“Kakak dan abang saya semuanya sudah berkahwin, jadi masing-masing apabila sudah punya keluarga sendiri menyebabkan jarang kami dapat berjumpa.
“Tetapi hari raya lah masanya untuk kami adik beradik berkumpul beramai-ramai menjadikan suasana lebih meriah,” katanya yang menggemari juadah ketupat dinikmati bersama rendang dan kuah lontong.
The post Alami ‘Mood Swing’, Shima Anuar Lebih Banyak Berehat appeared first on Berita Viral.
✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sGF9EC
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Alami ‘Mood Swing’, Shima Anuar Lebih Banyak Berehat
Anda sedang baca artikel Alami ‘Mood Swing’, Shima Anuar Lebih Banyak Berehat dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/alami-mood-swing-shima-anuar-lebih.html
0 Response to "Alami ‘Mood Swing’, Shima Anuar Lebih Banyak Berehat"
Catat Ulasan