Tajuk : Alat Permainan Ada Kalimah Allah, Guru Buat Laporan Polis
link : Alat Permainan Ada Kalimah Allah, Guru Buat Laporan Polis
Alat Permainan Ada Kalimah Allah, Guru Buat Laporan Polis
Seorang guru membuat aduan polis di Parit Buntar, Perak, berhubung sejenis alat mainan blok yang dibeli untuk anak bongsunya mengandungi unsur-unsur menyentuh sensitiviti umat Islam.
Mahnun Mat Isa, 40, berkata dia terkejut apabila menemukan kalimah ‘Allah’ dan ‘Muhammad’ dilekatkan pada bendera dipegang watak ‘pengganas’ pada alat permainan itu.
Lebih memeranjatkan, beliau berkata watak ‘pengganas’ tersebut merupakan seorang lelaki yang memakai serban.
“Saya menyedari tentangnya selepas anak bongsu saya bermain permainan itu sambil menunjukkan watak ‘pengganas’ berserban dan memegang bendera memaparkan kalimah ‘Allah’ dan ‘Muhammad’,” katanya.
Mahnun berkata, dia terkejut dengan perkara itu lantas segera membuat laporan polis dan di pejabat Majlis Agama Islam Negeri Perak (Maipk) cawangan Parit Buntar pada 25 Mei lepas.
Dia membeli alat permainan tersebut yang dihasilkan di China dari sebuah kedai alat permainan di Taiping, 24 Mei lalu.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kerian, Supt. Omar Bakhtiar Yaacob ketika dihubungi mengesahkan pihaknya ada menerima laporan guru tersebut. Olahan oleh: Amri Hassa Sumber: Bernama
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qDLC2q
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Alat Permainan Ada Kalimah Allah, Guru Buat Laporan Polis
Anda sedang baca artikel Alat Permainan Ada Kalimah Allah, Guru Buat Laporan Polis dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/alat-permainan-ada-kalimah-allah-guru.html
0 Response to "Alat Permainan Ada Kalimah Allah, Guru Buat Laporan Polis"
Catat Ulasan