Tajuk : Amalan Membaca
link : Amalan Membaca
Amalan Membaca
Assalamualaikum. Terima kasih kalau sudi siarkan confession ni.
Suka baca buku? Buku apa?
1) Novel cinta-cinta
Tak jadi masalah, ambil lah sebanyak mana pengajaran yang ada dalam novel tu. Cuma kalau boleh, elakkan novel yang ada unsur-unsur pornografi. Ia mungkin boleh buat kita berfikiran negatif dan berkhayal bukan-bukan. Bacalah novel cinta yang baik seperti Suamiku Dajjal yang ada unsur agama. Sweet jugak kan?
2) Komik
Sama juga, ambil nasihat dan pengajaran yang ada dalam komik.
3) Buku-buku berunsur keagamaan
Yes! Lebihkan baca buku-buku tentang agama. Banyak manfaat yang boleh diperoleh daripadanya. Contohnya, bila kita baca buku tentang kisah hidup sahabat-sahabat nabi. Saya sendiri adalah peminat tegar novel cinta yang sering dijual di kedai buku. Setiap kali melangkah masuk ke MPH dan POPULAR, saya akan beli beberapa buah novel cinta. Tapi, satu hari tu, sahabat saya pinjamkan buku yang bertajuk, IKRAMAH. Ikramah Abu Jahal adalah salah seorang yang amat memusuhi Nabi Muhammad dan akhirnya menjadi seorang yang beriman. Sejak hari tu, saya sentiasa beli buku tentang sahabat nabi, sejarah Islam dan sebagainya. Memang bermanfaat. Selain itu, buku-buku seperti Tarbiah Sentap juga menjadi pilihan saya.
4) Buku pelajaran
Janganlah lagi sehari dua nak exam baru belek buku pelajaran. Amalkan baca buku pelajaran selepas subuh dan sebelum tidur. Ilmu senang nak serap ke otak masa tu. Nak berjaya, salah satu caranya adalah dengan membaca buku! Tahu tak kisah Al-Khawarizmi? Beliau tidak pernah jemu menuntut ilmu. Dan beliau akhirnya menjadi seorang tokoh matematik Islam yang terkenal di seluruh dunia.
Akhir kata, bacalah buku-buku yang memberi faedah kepada diri sendiri. Memperbanyakkan membaca buku-buku keagamaan dan ilmiah yang dapat membantu kita di dunia dan akhirat. Sekian, terima kasih.
Farhan
Sumber & Kredit: iiumc
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qFr35Q
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Amalan Membaca
Anda sedang baca artikel Amalan Membaca dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/amalan-membaca.html
0 Response to "Amalan Membaca"
Catat Ulasan