Tajuk : Ambulans Pun Kena Curi Bulan Ramadan
link : Ambulans Pun Kena Curi Bulan Ramadan
Ambulans Pun Kena Curi Bulan Ramadan
SEORANG pemilik bengkel cemas apabila sebuah ambulans yang yang sepatutnya dibaiki didapati hilang di kedai bengkel kenderaannya di Jalan Besar Guchil, Kuala Krai, semalam.
Menurut pemilik bengkel tersebut, 47, dia menyedari kehilangan ambulans itu kira-kira jam 8.30 pagi.
Susulan itu, pemilik bengkel berkenaan membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.
Katanya, kali terakhir ambulans itu ditinggalkan dalam keadaan berkunci.
Ketua Polis Daerah Kuala Krai Superintendan Abdullah Roning mengesahkan laporan tersebut.
Difahamkan, pengadu menerima ambulans tersebut untuk dibaiki masalah brek, kelmarin.
“Kita turut menjalankan siasatan dan mendapati lokasi kejadian adalah sebuah tempat letak kereta terbuka di hadapan bengkel kereta.
“Modus operandi yang digunakan suspek adalah dengan memecahkan cermin tingkap ambulans sebelum melarikan kenderaan itu.
“Siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan,” katanya.
Jelasnya, kerugian dianggarkan mencecah RM100,000. – MYNEWSHUB.CC
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sta1Lx
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Ambulans Pun Kena Curi Bulan Ramadan
Anda sedang baca artikel Ambulans Pun Kena Curi Bulan Ramadan dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/ambulans-pun-kena-curi-bulan-ramadan.html
0 Response to "Ambulans Pun Kena Curi Bulan Ramadan"
Catat Ulasan