Loading...
Tajuk : Angkara Zamihan, Sultan terpaksa campur tangan
link : Angkara Zamihan, Sultan terpaksa campur tangan
Angkara Zamihan, Sultan terpaksa campur tangan
Mufti Selangor temui mufti WP atas arahan sultan
Tamyes Abd Wahid enggan mengulas lanjut pertemuan hari ini, namun ia dipercayai susulan dakwaan 'penyelewengan' mufti Wilayah Persekutuan oleh Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia.
PETALING JAYA: Mufti Selangor, Datuk Seri Mohd Tamyes Abd Wahid hari ini menemui Datuk Dr Zulkifli Mohamad atas arahan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Bagaimanapun, Tamyes enggan mengulas lanjut mengenainya.
“Saya belum sempat menghadap tuanku, jadi tidak boleh menjelaskan apa-apa,” katanya ketika dihubungi FMT.
Beliau berkata demikian susulan sekeping gambar yang dimuat naik ke Facebook mufti Wilayah Persekutan hari ini.
“Sohibus Samahah Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid dan Sohibul Fadhilah Mohd Basori Umar KPP (Ketua Penolong Pengarah) Bahagian Dakwah Jais (Jabatan Agama Islam Selangor) yang melakukan kunjungan hormat ke pejabat kami.
“Semoga tautan ukhwah Islamiah hingga ke jannah,” tulis Zulkifli di Facebooknya petang tadi.
Pertemuan itu dipercayai diadakan ekoran pembentangan Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (Aswaja), Zamihan Mat Zin bertajuk “Penyelewengan mufti Wilayah Persekutuan dan kaitannya dengan ajaran Wahabi” kepada Jawatankuasa Tauliah Majlis Agama Islam Selangor (Mais) pada 7 Jun lalu, yang turut dihadiri Tamyes.
Beliau sebelum ini dilaporkan berkata, pihaknya belum membuat sebarang keputusan susulan pembentangan itu dan akan bertemu dengan Zulkifli.
Zamihan dilaporkan berkata, beliau dijemput untuk membentangkannya, namun menyerahkan soal tauliah Zulkifli kepada Mais.
PETALING JAYA: Mufti Selangor, Datuk Seri Mohd Tamyes Abd Wahid mengakui hadir sebuah pembentangan oleh seorang pendakwah bebas yang menuduh Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad sebagai menyeleweng dan berfahaman Wahabi.
Tamyes bagaimanapun berkata tidak ada sebarang keputusan diambil setakat ini selepas pembentangan Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (Aswaja), Zamihan Mat Zin, kepada Majlis Agama Islam Selangor, semalam.
“Bukan semudah itu untuk mengambil tindakan. Pembentangan dibuat Zamihan adalah daripada hasil dapatan dia. Kita hanya dengar dan jawatankuasa masih belum buat keputusan,” katanya kepada FMT.
“Kita akan panggil Mufti Wilayah sebab dalam Islam jika ada apa-apa perkara, perlu tabayyun (mencari kebenaran). Kena tanya pada empunya diri sendiri.
✍ Sumber Pautan : ☕ mountdweller88
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rtXljL
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Angkara Zamihan, Sultan terpaksa campur tangan
Itulah artikel Angkara Zamihan, Sultan terpaksa campur tangan Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Angkara Zamihan, Sultan terpaksa campur tangan dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/angkara-zamihan-sultan-terpaksa-campur.html
0 Response to "Angkara Zamihan, Sultan terpaksa campur tangan"
Catat Ulasan