Loading...

Apa Hukum Menjual Mercun Kepada Orang Lain Sedangkan Kita Tahu Bahayanya?

Loading...
Apa Hukum Menjual Mercun Kepada Orang Lain Sedangkan Kita Tahu Bahayanya? - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Apa Hukum Menjual Mercun Kepada Orang Lain Sedangkan Kita Tahu Bahayanya?, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Apa Hukum Menjual Mercun Kepada Orang Lain Sedangkan Kita Tahu Bahayanya?
link : Apa Hukum Menjual Mercun Kepada Orang Lain Sedangkan Kita Tahu Bahayanya?

Baca juga


Apa Hukum Menjual Mercun Kepada Orang Lain Sedangkan Kita Tahu Bahayanya?

Hukum menjual mercun kepada orang lain sedangkan penjual tahu ia akan memberi keburukan dan boleh memudaratkan orang lain dikategorikan sebagai syubhah.
HUKUM menjual mercun

Perkara itu disahkan oleh Imam Besar Terengganu, Aizi Saidi Abdul Aziz merujuk sebuah hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim yang menjelaskan, perkara yang halal itu jelas dan perkara yang itu jelas, manakala perkara yang berada di tengah-tengahnya adalah perkara syubhah.

Menurutnya, barang siapa yang terlibat dengan syubhah, bererti ia terlibat dengan perkara yang haram.

“Hadis ini dengan jelas menyuruh umat Islam supaya mengelakkan daripada menghampiri dengan perkara yang masih tidak jelas.

"Perkara syubhah ertinya perkara yang berada dalam kesamaran, tidak jelas hukumnya sama ada halal atau haram.

“Kita tahu menjual mercun akan memudaratkan orang lain, jadi lebih baik ia ditinggalkan. Kalau nak diharamkan, memang patut kerana selain memberikan kesukaran dan mudarat kepada orang lain, duit juga dihabiskan begitu sahaja, ibarat kita membakar duit,” katanya.

Jelasnya, seeloknya peniaga menjual barangan yang boleh dimanfaatkan orang ramai dan bukannya menjual barangan yang tidak elok yang boleh memberikan keburukan kepada orang lain.

Malah katanya, duit hasil jualan mercun itu walaupun hasil jualan sendiri dan tidak dicuri, ia masih tidak bagus atau ‘tidak comel’ untuk digunakan.

“Kita tidak boleh lihat nilainya pada duniawi sahaja, tetapi akhirat nanti, bagaimana? Sebaiknya kita menjauhkan diri daripada perkara yang boleh membawa kemusnahan kepada diri sendiri dan juga orang lain.

“Pernah atau tidak kita terfikir, ada yang kudung tangan, mati dan cedera kerana menggunakan barang yang kita jual kepada mereka?” katanya.

Malah katanya, orang ramai juga tidak perlu membazirkan duit membeli mercun kerana ia langsung tidak memberikan faedah atau manfaat.

Afdalnya kata beliau, duit itu dibelanjakan dengan lebih baik, seperti memberi sumbangan dan membantu golongan yang memerlukan, yang akan membawa kebaikan di dunia dan akhirat.

BACA INI JUGA: Ngeri! Video Badan Hancur Angkara Mercun!

sumber: sinarharian



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ss2g75

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




Thus Article Apa Hukum Menjual Mercun Kepada Orang Lain Sedangkan Kita Tahu Bahayanya?

Itulah artikel Apa Hukum Menjual Mercun Kepada Orang Lain Sedangkan Kita Tahu Bahayanya? Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Apa Hukum Menjual Mercun Kepada Orang Lain Sedangkan Kita Tahu Bahayanya? dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/apa-hukum-menjual-mercun-kepada-orang.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Apa Hukum Menjual Mercun Kepada Orang Lain Sedangkan Kita Tahu Bahayanya?"

Catat Ulasan

Loading...