Loading...

Apabila Pulang Beraya, Semua Kongsi Kabel Elektrik Lepas Tu...

Loading...
Apabila Pulang Beraya, Semua Kongsi Kabel Elektrik Lepas Tu... - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Apabila Pulang Beraya, Semua Kongsi Kabel Elektrik Lepas Tu..., Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Apabila Pulang Beraya, Semua Kongsi Kabel Elektrik Lepas Tu...
link : Apabila Pulang Beraya, Semua Kongsi Kabel Elektrik Lepas Tu...

Baca juga


Apabila Pulang Beraya, Semua Kongsi Kabel Elektrik Lepas Tu...

Apabila Pulang Beraya, Semua Kongsi Kabel Elektrik Lepas Tu...

Mereka yang pulang beraya ada ketika terlupa mengenai risiko kebakaran yang boleh berlaku di dalam rumah. (Gambar: Jabatan Bomba dan Penyelamat - Facebook)

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia menasihati rakyat negara ini supaya lebih berhati-hati ketika menyambut Aidilfitri pada tahun ini bagi mengelak kejadian tidak diingini menimpa mereka.

Ketua Pengarahnya, Datuk Wira Wan Mohd Nor Ibrahim berkata, nasihat itu dikeluarkan kerana kes kebakaran pada musim perayaan berbanding bulan lain kebiasaannya akan mengalami peningkatan sebanyak 10 peratus.

“Pada bulan biasa, panggilan kebakaran antara 8,000 hingga 9,000 panggilan kecemasan kebakaran dan ia akan meningkat 10 peratus pada musim perayaan," katanya.
 

LEKA SAMBUT RAYA 

Memang sudah lumrah dalam kemeriahan ramai orang menyambut Aidilfitri kadang-kala mereka terleka mengenai risiko kebakaran yang boleh berlaku ke atas rumah mereka. Kebakaran pada musim perayaan boleh berlaku disebabkan pelbagai faktor termasuk percikan bunga api, ubat nyamuk, mancis, puntung rokok, kebocoran gas atau haba mekanikal yang terjadi akibat geseran.

Bagaimanapun, kebanyakan kebakaran adalah disebabkan kegagalan, kerosakan, kurang penyelenggaran atau salah guna peralatan elektrik, pemasangan dawai elektrik secara salah, kabel sambungan dan litar terlebih beban.

Keadaan itu berlaku kerana bilangan penghuni sesebuah rumah boleh meningkat secara mendadak apabila ahli keluarga pulang beraya di kampung atau rumah itu menerima kunjungan sanak saudara jauh dan dekat.

Sebilangan rumah pula terutama di bandar-bandar akan ditanggalkan kosong kerana seisi rumah pulang ke kampung halaman masing-masing dengan peralatan elektrik sama ada masih berada dalam keadaan baik atau kurang baik.

Faktor salah guna peralatan elektrik, pemasangan dawai elektrik secara salah, kabel sambungan dan litar terlebih beban boleh menyebabkan kebakaran ketika pulang ke kampung.

PANDUAN PENGGUNAAN  ELEKTRIK 

Sehubungan itu, Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengeluarkan panduan penggunaan elektrik bersifat praktikal dan bijak tenaga untuk dijadikan amalan oleh orang ramai sempena sambutan Aidilfitri pada tahun ini seperti berikut:

  1. Pastikan suis peralatan elektrik yang tidak digunakan ditutup dan palamnya ditanggalkan bagi mengelakkan arus elektrik daripada terus mengalir.
  2. Sekiranya perlu menyalakan lampu rumah bagi mengelakkan kecurian, sila pertimbangkan penggunaan alat pengukur masa (timer) supaya lampu tidak dipasang 24 jam sehari.
  3. Pastikan semua soket dalam keadaan baik dan tidak dibebankan dengan penyesuai (adapter) berlebihan.
  4. Pastikan peralatan elektrik yang perlu dipasang dalam keadaan baik dan motor di dalam peralatan elektrik berfungsi dengan lancar.
  5. Buka gulungan wayar sambungan tambahan ('extension wire') sepenuhnya untuk mengelakkannya daripada menjadi terlalu panas jika digunakan.
  6. Menguji Pemutus Litar Arus Baki (PLAB) atau Residual Current Circuit Breaker (RCCB), adalah satu amalan yang sebaik-baiknya dilakukan sebulan sekali. Sila rujuk laman web www.tnb.com.my atau Facebook, TNB Careline untuk mengetahui cara-cara menguji PLAB. 


TALIAN KECEMASAN 

Selain panduan tersebut, kakitangan TNB turut diletakkan dalam keadaan bersiap sedia untuk memberi bantuan sewajarnya kepada orang ramai yang mengalami gangguan bekalan elektrik sepanjang perayaan Aidilifitri ini.

Orang ramai yang mahu mendapatkan bantuan berkenaan diminta supaya menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan TNB di talian 15454 atau melayari Facebook, TNB Careline

“Semoga panduan tersebut membantu anda berhari raya bersama keluarga dan sahabat handai dalam suasana ceria. Selamat Hari Raya Aidilfitri,” kata Pengurus Besar Kanan, (Hal Ehwal Korporat), Kumpulan Komunikasi Korporat, Tenaga Nasional Berhad (TNB), Datuk Ir. Mohd Aminuddin Mohd Amin.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rUdxuS

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




Thus Article Apabila Pulang Beraya, Semua Kongsi Kabel Elektrik Lepas Tu...

Itulah artikel Apabila Pulang Beraya, Semua Kongsi Kabel Elektrik Lepas Tu... Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Apabila Pulang Beraya, Semua Kongsi Kabel Elektrik Lepas Tu... dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/apabila-pulang-beraya-semua-kongsi_21.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Apabila Pulang Beraya, Semua Kongsi Kabel Elektrik Lepas Tu..."

Catat Ulasan

Loading...