Loading...

Apakah PM akan pulihkan GLC lain juga?

Loading...
Apakah PM akan pulihkan GLC lain juga? - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Apakah PM akan pulihkan GLC lain juga?, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Apakah PM akan pulihkan GLC lain juga?
link : Apakah PM akan pulihkan GLC lain juga?

Baca juga


Apakah PM akan pulihkan GLC lain juga?

MALAYSIAKINI


Kerajaan perlu mempertimbangkan untuk memulihkan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) selain Proton yang turut mengalami kerugian, kata Anggota Parlimen Segambut, Lim Lip Eng.

Beliau berkata demikian berikutan pengambilalihan kepentingan dalam Proton Holdings Bhd oleh Geely Automobile Holdings Ltd seperti diumumkan baru-baru ini.

Jumaat lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata adalah lebih baik memiliki kepentingan yang lebih kecil dalam Proton berbanding memiliki pegangan 100 peratus tetapi mengalami kerugian ratusan juta.

Lim berkata meskipun pendapat perdana menteri itu dilihat munasabah, pendekatan itu juga mesti digunapakai terhadap GLC lain.

"Adalah sukar dibayangkan apabila banyak GLC kita mengalami kerugian besar setiap tahun walaupun 'dilindungi' oleh kerajaan kita dan beberapa GLC juga menikmati monopoli pasaran.

"Bukan sahaja Proton tetapi hampir semua syarikat-syarikat pengangkutan milik negara lain mengalami kerugian, dari Keretapi Tanah Malayu Bhd, Prasarana Sdn Bhd hingga ke Malaysia Airlines Bhd.

"Bukankah Najib juga perlu mencari 'kesatria' yang mampu memulihkan syarikat-syarikat yang gagal ini? Contoh lain GLC yang mengalami kerugian dengan monopoli pasaran adalah Halal Industri Development Corp Sdn Bhd, Indah Water Konsortium Sdn Bhd, Mimos Bhd dan Sirim Bhd.

"Mungkin sudah tiba masanya bagi Najib untuk menimbang semula keistimewaan monopoli yang diberikan kepada syarikat-syarikat ini," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Pada 24 Mei, Geely diumumkan akan membeli pegangan 49.9 peratus dalam Proton daripada firma DRB-Hicom Bhd.



Thus Article Apakah PM akan pulihkan GLC lain juga?

Itulah artikel Apakah PM akan pulihkan GLC lain juga? Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Apakah PM akan pulihkan GLC lain juga? dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/apakah-pm-akan-pulihkan-glc-lain-juga.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Apakah PM akan pulihkan GLC lain juga?"

Catat Ulasan

Loading...