Loading...
Tajuk : Astro Perkenal HD Raya
link : Astro Perkenal HD Raya
Astro Perkenal HD Raya
SEMPENA kedatangan Syawal, Astro merangkumi kandungan eksklusif di ruang digital, televisyen, radio dan acara lapangan menghimpunkan lebih 260 program menarik termasuk 131 rancangan baru buat penonton setianya.
Bertepatan dengan kempen Kosong-Kosong: Dari Hati, Astro juga membawa kelainan dengan memperkenalkan saluran khas Raya HD (122) yang boleh dinikmati secara percuma oleh semua pelanggan Astro dan NJOI bermula 24 Jun hingga 24 Julai depan.
Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Datuk Khairul Anwar Salleh berkata, saluran khas itu bakal menyajikan seleksi program raya terbaik yang di susun berselang-seli tanpa henti merangkumi pelbagai genre berbeza.
Bukan itu sahaja, katanya, pelbagai program menarik juga telah disusun menerusi kesemua rangkaian saluran Astro.
“Antara koleksi filem terlaris yang bakal menghiburkan penonton termasuklah Munafik, Kabali, Secret Life Of Pets, Langit Cinta, Diwali, Bajirao Mastani dan banyak lagi.
“Penonton juga bakal dihidangkan dengan sajian program muzikal seperti Gegar Vaganza Kirim Salam Raya, Dia Semanis Honey Muzikal, Duo Star Lagenda Raya, Tak Balik Raya Tak Rock, Karokgram dan sebagainya.
“Bagi peminat program berbentuk drama dan telefilem nantikan barisan rancangan terhebat yang menampilkan pelakon popular tanah air seperti Menantu Malam Raya, Lambor Kanan Belakang Dewan, Jodoh Ayam Tergolek, Selamat Tinggal Aidilfitri dan banyak lagi.
“Lebih mengujakan, episod akhir drama adaptasi novel, Hero Seorang Cinderella yang turut disiarkan pada minggu pertama Aidilfitri kelak,” katanya.
Katanya, Astro juga akan membawakan kembali barisan drama popular bersama hero dan heroin kegemaran ramai dalam bentuk telefilem istimewa khas sempena Raya seperti Suri Hati Mr Pilot Raya, Famili Tuan Ihsan, Abang Bomba I Love You Raya, Sayang Papa Saya Tak Raya serta banyak lagi.
“Bagi memberi lebih pilihan, barisan program bercorak gaya hidup atau hiburan juga akan dihidangkan seperti Romantika Raya, Hero Princess Aaisyah, Abang Hot Beraya, Parodi Raya Dulu Raya Sekarang serta banyak lagi.
“Manakala barisan program lawak dan komedi yang menggelikan hati juga telah disusun termasuklah MLM Raya 2017, Konsert Komedi Raya, Sepahtu Reunion Raya, Jozan Raya Sampai Pengsan dan sebagainya,” katanya.
Tambahnya, meneruskan lagi kesinambungan tradisi saban tahun, Astro turut mempersembahkan secara eksklusif sebuah iklan komersial televisyen yang memaparkan kisah benar seorang bapa, Adli yang dikurniakan anak istimewa autisme bernama Luqman.
“Iklan ini mengupas mengenai kecekalan dan pengorbanannya untuk membesarkan amanah yang diberi.
“Uniknya lagi, iklan komersial ini turut menampilkan Adli dan Luqman sendiri yang melakonkan semula kisah mereka dengan menggunakan laras bahasa sendiri,” katanya.
Bukan itu sahaja, katanya, variasi himpunan kandungan istimewa raya ini juga boleh diakses menerusi platform digital dan perkhidmatan kandungan over-the-top atau OTT termasuklah aplikasi Astro GO dan NJOI Now, portal Astro Gempak dan Rojak Daily dan on demand bagi memberi pilihan yang fleksibel kepada pelanggan.
“Pendekatan menyeluruh 360 darjah dilihat sebagai strategi paling berkesan untuk menghimpunkan variasi kandungan istimewa sepanjang musim perayaan ini terutamanya di ruang digital dan ‘OTT.
"Kita mahu program yang ditawarkan dapat dinikmati dengan pantas pada bila-bila masa dan di mana saja mengikut keselesaan masing-masing,” katanya.-SH
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2s1xOUp
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Astro Perkenal HD Raya
Itulah artikel Astro Perkenal HD Raya Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Astro Perkenal HD Raya dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/astro-perkenal-hd-raya.html
0 Response to "Astro Perkenal HD Raya"
Catat Ulasan