Loading...

Asyik Dapat RM1, Apa Kata Guna e-Duit Raya Maybank Boleh Dapat Sampai RM1,000

Loading...
Asyik Dapat RM1, Apa Kata Guna e-Duit Raya Maybank Boleh Dapat Sampai RM1,000 - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Asyik Dapat RM1, Apa Kata Guna e-Duit Raya Maybank Boleh Dapat Sampai RM1,000, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Asyik Dapat RM1, Apa Kata Guna e-Duit Raya Maybank Boleh Dapat Sampai RM1,000
link : Asyik Dapat RM1, Apa Kata Guna e-Duit Raya Maybank Boleh Dapat Sampai RM1,000

Baca juga


Asyik Dapat RM1, Apa Kata Guna e-Duit Raya Maybank Boleh Dapat Sampai RM1,000

Asyik Dapat RM1, Apa Kata Guna e-Duit Raya Maybank Boleh Dapat Sampai RM1,000

Pelanggan Maybank kini lebih mudah menggunakan e-Duit Raya untuk memberikan duit raya pada sesiapa sahaja. (Gambar: Maybank2u.com.my)

Tradisi memberi duit raya semasa sambutan Aidilfitri sangat sebati dalam budaya masyarakat Melayu di negara ini. Golongan yang paling gembira dengan tradisi itu pastinya kanak-kanak.

Sudah tentu, golongan cilik ini yang berkunjung ke rumah sanak saudara, rakan dan rumah terbuka amat seronok apabila menerima duit raya yang dihulurkan oleh tuan rumah bagi memeriahkan lagi suasana perayaan Aidilfitri.

Lazimnya, ada duit raya yang diberikan dalam sampul dan ada juga yang memberinya begitu saja sama ada duit syiling atau kepingan duit kertas baharu.
 

KEBIJAKSANAAN MAYBANK 

Sejak dua tahun lalu, Malayan Banking Berhad (Maybank) bijak menjadikan tradisi tersebut sebagai salah satu medium perkhidmatan yang disediakan oleh syarikat perbankan terkenal bertaraf dunia itu.

Memandangkan rakyat Malaysia semakin celik teknologi, Maybank berjaya memanfaatkan sepenuhnya kemudahan yang ditawarkan menerusi perbankan digital untuk urusan pemberian duit raya.

Maka, tidak menghairankan mengapa perkhidmatan Maybank2u kini menjadi peneraju pasaran dalam perbankan duit dalam talian di negara ini dengan penguasaan pasaran sebanyak 56.6 peratus pada suku pertama tahun 2017.

Malah, Maybank2u mencatatkan transaksi berjumlah RM237.4 bilion pada tahun lepas dengan jumlah transaksi meningkat sebanyak kira-kira 41 peratus pada tahun 2016 kepada 2.9 bilion.

Datuk Hamirullah Boorhan (kiri) bersama Ketua Perbankan Virtual Dan Pembayaran Maybank, Kalyani A/P Balakrishnan Nair mempromosikan e-Duit Raya Maybank yang semakin popular dalam kalangan pengguna.

E-DUIT RAYA 

Mungkin tidak ramai pengguna perkhidmatan perbankan tahu Maybank pada tahun 2015 sudah memperkenalkan perkhidmatan e-Duit Raya yang kini boleh juga didapati dalam aplikasi Maybank2u dan ia sebenarnya semakin popular dalam kalangan pengguna.

Perkhidmatan e-Duit Raya membolehkan pelanggan Maybank menghantar duit raya kepada sesiapa yang mereka mahu dengan hanya menggunakan nombor telefon bimbit mereka yang berdaftar di Malaysia.

Setiap transaksi pemberian duit raya melalui perkhidmatan e-Duit Raya boleh dilakukan dengan nilai minimum RM1 dan maksimum RM1,000 dengan jumlah had sebanyak RM5,000 setiap hari. Mungkin ini cara terbaik untuk kanak-kanak khususnya boleh mengumpul duit raya paling banyak hanya menerusi transaksi di dalam talian.

Bagi perayaan Aidilfitri pada tahun ini, pelanggan Maybank yang menerima duit raya itu pula boleh menebus e-Duit Raya mereka pada bila-bila masa dari 19 Jun sehingga 21 Julai ini.
 

TRANSAKSI HAMPIR RM2 JUTA

Ketua Perkhidmatan Kewangan Komuniti Malaysia Maybank, Datuk Hamirullah Boorhan berkata, perkhidmatan e-Duit Raya semasa sambutan Aidilfitri pada tahun lalu mencatat nilai transaksi hampir RM2 juta.

Tambahnya, Maybank menjangkakan angka itu akan meningkat sebanyak 35 peratus kepada sekurang-kurangnya RM2.6 juta memandangkan populariti transaksi digital yang semakin meningkat.

"Kami juga menjangkakan jumlah transaksi meningkat kepada 22,000 daripada 20,000 pada tahun lalu," katanya dalam satu kenyataan.

Perkhidmatan e-Ang Pow Maybank turut mencatatkan peningkatan semasa sambutan Tahun Baru Cina baru-baru ini berbanding tahun sebelumnya.

"Pada 2016, kami melihat pelanggan menghantar sebanyak RM1.63 juta e-Ang Pow melalui Maybank2u. Tahun ini ia meningkat sebanyak 28 peratus kepada lebih RM2 juta," katanya.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sLOBYQ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




Thus Article Asyik Dapat RM1, Apa Kata Guna e-Duit Raya Maybank Boleh Dapat Sampai RM1,000

Itulah artikel Asyik Dapat RM1, Apa Kata Guna e-Duit Raya Maybank Boleh Dapat Sampai RM1,000 Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Asyik Dapat RM1, Apa Kata Guna e-Duit Raya Maybank Boleh Dapat Sampai RM1,000 dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/asyik-dapat-rm1-apa-kata-guna-e-duit.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Asyik Dapat RM1, Apa Kata Guna e-Duit Raya Maybank Boleh Dapat Sampai RM1,000"

Catat Ulasan

Loading...