Loading...

Ayah Janji Nak Belikan Baju Raya, Kata-kata Terakhir Mejar Yazmi Mohamed Yusof Kepada Anaknya

Loading...
Ayah Janji Nak Belikan Baju Raya, Kata-kata Terakhir Mejar Yazmi Mohamed Yusof Kepada Anaknya - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Ayah Janji Nak Belikan Baju Raya, Kata-kata Terakhir Mejar Yazmi Mohamed Yusof Kepada Anaknya, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Ayah Janji Nak Belikan Baju Raya, Kata-kata Terakhir Mejar Yazmi Mohamed Yusof Kepada Anaknya
link : Ayah Janji Nak Belikan Baju Raya, Kata-kata Terakhir Mejar Yazmi Mohamed Yusof Kepada Anaknya

Baca juga


Ayah Janji Nak Belikan Baju Raya, Kata-kata Terakhir Mejar Yazmi Mohamed Yusof Kepada Anaknya


KUANTAN – Janji ayahnya untuk membelikan baju raya apabila pulang setelah menjalankan tugas merupakan kata-kata terakhir Mejar Yazmi Mohamed Yusof, 39, kepada anak sulungnya Mikhail Adam Riaz, 11, sebelum terkorban dalam nahas pesawat pejuang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Hawk 108 di Chukai, Terengganu ketika menjalani sesi latihan semalam.

Mikhail yang merupakan anak sulung daripada enam beradik ketika ditemui di perkarangan Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini berkata, beliau tidak menyangka solat berjemaah selepas bersahur awal pagi itu merupakan detik-detik akhir mereka sekeluarga bersama.

“Selepas sahur kami bersolat Subuh bersama-sama dan ayah menjadi imam seperti biasa setiap kali balik ke Kuantan. Itu kali terakhir saya berjumpa ayah sebelum menyambung tidur.

“Beliau tidak ada pesan atau apa-apa perangai pelik dan yang saya perasan cuma dia ada kata hendak membawa adik beradik membeli baju raya untuk menyambut Aidilfitri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menerima lawatan Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Maimunah Iskandariah.

Menurutnya, dia hanya mengetahui kejadian malang yang menimpa ayahnya itu melalui panggilan telefon kira-kira pukul 1 tengah hari Khamis.

Walaupun sedih dengan kejadian berkenaan terutama apabila mengenangkan Hari Raya Aidilfitri yang akan menjelang tidak lama lagi, Milkhail tetap menanam cita-cita untuk mengikut jejak langkah ayahnya sebagai juruterbang pesawat pejuang.

Sepanjang berada di perkarangan Unit Forensik HTAA, Mikhail beberapa kali tidak dapat menahan rasa sedih dan menangis sehingga terpaksa dipujuk oleh Tunku Azizah yang turut tersentuh perasaan dengan keadaan itu.

Keadaan itu menyebabkan anggota keluarga yang hadir di perkarangan Unit Forensik berkenaan tidak dapat menahan perasaan sedih dan turut mengalirkan air mata.

Selain Yazmi, rakannya Mejar Mohd Hasri Zahari TUDM, 31 dilaporkan hilang di sempadan Pahang-Terengganu kira-kira 11.30 pagi semalam ketika sedang menjalani sesi latihan.

Jasad kedua-dua juruterbang berkenaan ditemui pada jarak 20 meter antara satu sama lain dalam keadaan lengkap berpayung terjun di kawasan hutan berpaya berhampiran Chukai, Kemaman kira-kira 53 kilometer dari Pangkalan TUDM, Kuantan. – BERNAMA


Thus Article Ayah Janji Nak Belikan Baju Raya, Kata-kata Terakhir Mejar Yazmi Mohamed Yusof Kepada Anaknya

Itulah artikel Ayah Janji Nak Belikan Baju Raya, Kata-kata Terakhir Mejar Yazmi Mohamed Yusof Kepada Anaknya Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Ayah Janji Nak Belikan Baju Raya, Kata-kata Terakhir Mejar Yazmi Mohamed Yusof Kepada Anaknya dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/ayah-janji-nak-belikan-baju-raya-kata.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Ayah Janji Nak Belikan Baju Raya, Kata-kata Terakhir Mejar Yazmi Mohamed Yusof Kepada Anaknya"

Catat Ulasan

Loading...