Loading...

Bakar Lemang Sempena Aidilfitri Tradisi Keluarga

Loading...
Bakar Lemang Sempena Aidilfitri Tradisi Keluarga - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Bakar Lemang Sempena Aidilfitri Tradisi Keluarga, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Bakar Lemang Sempena Aidilfitri Tradisi Keluarga
link : Bakar Lemang Sempena Aidilfitri Tradisi Keluarga

Baca juga


Bakar Lemang Sempena Aidilfitri Tradisi Keluarga

SEREMBAN – Tradisi gotong-royong mencari buluh, menyedia dan membakar lemang bersama-sama anggota keluarga ketika membuat persiapan Hari Raya Aidilfitri dilihat semakin dilupakan generasi hari ini.

Ramai yang lebih gemar membeli lemang di gerai-gerai yang banyak beroperasi menjelang Syawal tanpa memikirkan kualiti dan harga serta keenakan makanan ini.

Mungkin kaedah penyediaan lemang seperti proses pencarian buluh, penggunaan kayu semasa proses pembakaran dan tempoh masa yang lama menjadikan ia rumit dan semakin tidak menjadi pilihan, lebih senang digantikan dengan lemang segera.

Tetapi tidak bagi keluarga Kamariah Mohamad, 66, yang setiap tahun akan membakar sehingga lebih 100 batang lemang,dengan bantuananak sulung serta menantunya Siti Nasurah Osman, 44, dan Mohd Isamuddin Abu Samah, 45,untuk dijadikan juadah hari raya dan dikongsi bersama-sama keluarga dan jiran terdekat.

“Dah terbiasa bakar lemang setiap tahun sejak dari muda lagi, dengan ibu bapa. Tradisi ini saya turunkan kepada anak dan menantu. Kamimasak sendiri lebih puas hati, kebersihan pun terjaga. Rasa pun lebih sedap. Alhamdulillah anak dan menantu saya meneruskan tradisi ini dan adakalanya siap ambil tempahan dari rakan-rakan,” katanya.

Kamariah berkata, proses pembuatan lemang sebenarnya tidak susahsekiranya sudah biasa dengan cara menyediakan makanan tradisi Hari Raya itu.

“Alah bisa tegal biasa. Bila buat sendiri kita puas makan. Batang buluh boleh minta tolong anak, menantu lelaki cari dan bersihkan. Basuh beras, campur dengan santan dan garam, lepas itu kita bakar. Memang penat sikit tapi barulah rasa seronok nak sambut lebaran,” katanya.

Bagi Siti Nasurah, tradisi yang diteruskan ibunya itu penting supaya ia tidak lapuk ditelan zaman.

“Saya ada ajar anak perempuan sulung saya untuk bantu basuh beras, dan sediakan santan. Sekarang ini anak-anak yang selalu tanya bila nak masak lemang untuk raya. Biarlah tradisi masakan dan makanan ini terus kekal sehingga bila-bila.

Memang rumit sedikit prosesnya, nak bakar pun bila dah banyak itu makan masa juga tapi kita lebih puas hati. Buluh kami ambil dari kampung suami di Rantau,” katanya.

Beliau berkata, lemang yang dimasak sendiri lebih sedap dan berperisa daripada yang dibeli kerana semasa proses membakar, mereka berpeluang menambah atau mengurangkan adunan lemang itu semasa membakarnya.

“Kalau nak rasa lebih berlemak kita tambahs antan dan garam. Kadang-kadang yang kita beli tidak berasa sangat. Penjual mungkin bakar sekali banyak, jadi mereka tidak berpeluang untuk pastikan setiap satu lemang masak dengan sempurna,” katanya. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2s1cDSu

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




Thus Article Bakar Lemang Sempena Aidilfitri Tradisi Keluarga

Itulah artikel Bakar Lemang Sempena Aidilfitri Tradisi Keluarga Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Bakar Lemang Sempena Aidilfitri Tradisi Keluarga dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/bakar-lemang-sempena-aidilfitri-tradisi.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Bakar Lemang Sempena Aidilfitri Tradisi Keluarga"

Catat Ulasan

Loading...