Loading...

Bazar : Pengguna Digesa Guna Hak Boikot Peniaga

Loading...
Bazar : Pengguna Digesa Guna Hak Boikot Peniaga - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Bazar : Pengguna Digesa Guna Hak Boikot Peniaga, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Bazar : Pengguna Digesa Guna Hak Boikot Peniaga
link : Bazar : Pengguna Digesa Guna Hak Boikot Peniaga

Baca juga


Bazar : Pengguna Digesa Guna Hak Boikot Peniaga

JITRA – Pengguna terutama suri rumah diminta menggunakan hak sebagai pengguna untuk memboikot peniaga yang gagal menjaga kebersihan dan keselamatan makanan yang disediakan di bazar Ramadan di negeri ini, kata Pengarah Kesihatan Kedah, Datuk Dr Norhizan Ismail.

Katanya, sudah tiba masanya orang ramai membuat pilihan yang bijak dengan memilih premis yang bersih dan mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan jabatan kesihatan agar tidak mengundang kes keracunan makanan.

“Buat masa ini kita tidak terima aduan lagi, tetapi kita ada dengar cakap-cakap orang makan sampai sakit perut, jadi saya mohon pengguna segeralah buat aduan kepada kita agar tindakan tegas dapat kita lakukan,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan “Ops Bazar Ramadan” di Taman Mahsuri di sini, petang semalam.

Dalam operasi tersebut, seramai 40 pegawai dan anggota yang terdiri kakitangan Pejabat Kesihatan Daerah Kubang Pasu, pegawai Jabatan Kesihatan negeri dan anggota Penguatkuasa Majlis Daerah Kubang Pasu (MDKP) terlibat dalam operasi yang bermula 4.30 hingga 7 malam.

Katanya, sekiranya peniaga atau pengendali makanan tidak mematuhi peraturan mengikut Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009, kompaun maksimum sebanyak RM5,000 boleh dikenakan.

“Ini tidak termasuk kesalahan-kesalahan di bawa Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985 yang turut menyediakan denda yang berat kepada pengendali makanan yang mengabaikan aspek kebersihan diri dan premis,” katanya.

Katanya, pemantauan di bazar Ramadan akan berterusan hingga akhir Ramadan ini bagi memastikan keselamatan dan kebersihan makanan terjamin.

Katanya, sejak awal Ramadan, aktiviti pemantauan telah diadakan terhadap 62 premis pembekal bahan-bahan mentah seperti ayam, daging, sayur-sayuran dan barangan runcit di negeri ini.

Ini termasuklah tujuh premis pembekal ais untuk pastikan bahan-bahan mentah yang dibeli dan digunakan bazar Ramadan berkualiti dan selamat untuk dimakan.

Mengikut rekod, sehingga minggu kedua Ramadan, sebanyak 3,065 premis di bazar Ramadan telah diperiksa di mana sembilan notis kompaun telah dikeluarkan dan 178 arahan pembetulan telah diberikan kepada pengusaha premis terlibat. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sqQVaf

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article Bazar : Pengguna Digesa Guna Hak Boikot Peniaga

Itulah artikel Bazar : Pengguna Digesa Guna Hak Boikot Peniaga Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Bazar : Pengguna Digesa Guna Hak Boikot Peniaga dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/bazar-pengguna-digesa-guna-hak-boikot.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Bazar : Pengguna Digesa Guna Hak Boikot Peniaga"

Catat Ulasan

Loading...