Loading...

Bekas Pengarah Kemas S’gor Didakwa Guna Wang Aktiviti Haram

Loading...
Bekas Pengarah Kemas S’gor Didakwa Guna Wang Aktiviti Haram - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Bekas Pengarah Kemas S’gor Didakwa Guna Wang Aktiviti Haram, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Bekas Pengarah Kemas S’gor Didakwa Guna Wang Aktiviti Haram
link : Bekas Pengarah Kemas S’gor Didakwa Guna Wang Aktiviti Haram

Baca juga


Bekas Pengarah Kemas S’gor Didakwa Guna Wang Aktiviti Haram

SHAH ALAM – Bekas Pengarah Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Selangor, Mohd Adnan Md Daud, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menggunakan cek bernilai RM100,000 yang merupakan hasil daripada aktiviti haram bagi tujuan pembayaran deposit rumah, dua tahun lepas.

Mohd Adnan, 54, yang kini Pengarah Bahagian Pembangunan Komuniti Kemas Putrajaya, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Datuk Ahmad Zamzani Mohd Zain.

Dia didakwa menggunakan cek Malayan Banking Bhd (Maybank) bernilai RM100,000 bagi tujuan pembayaran deposit rumah Link Dua Tingkat di Seksyen U13, Setia Alam di sini, di mana daripada jumlah RM100,000 itu, RM86,053.22 diperolehi daripada hasil aktiviti haram.

Mohd Adnan didakwa melakukan kesalahan itu di Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Tingkat 2 & 3, Kompleks PKNS di sini, 8 Jan 2015.

Dia didakwa di bawah Seksyen 4 (1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan boleh didenda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau hasil daripada aktiviti haram atau RM5 juta, mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohammed Heikal Ismail mencadangkan supaya Mohd Adnan dibebaskan dengan jaminan RM100,000 serta seorang penjamin.

Peguam Lissa Sukri, yang mewakili Mohd Adnan, bagaimanapun memohon mahkamah menetapkan ikat jamin paling minimum atas alasan anak guamnya telah dituduh di Mahkamah Sesyen Alor Setar, Kedah, semalam atas tuduhan menerima rasuah RM159,053.22 yang melibatkan transaksi sama.

“Semalam pihak pendakwaan juga cadangkan jaminan RM100,000 dan mahkamah benarkan anak guam saya dijamin RM80,000. Mohon mahkamah ambil kira anak guam saya adalah seorang penjawat awam berjawatan pengarah dan tiada sebab untuk dia melarikan diri.

“Anak guam saya juga perlu menanggung enam anak di mana empat masih kecil iaitu yang bongsu berumur dua bulan sementara dua masih menuntut di institusi pengajian tinggi. Selain itu, beliau perlu menanggung ibu yang menghidap sakit tulang belakang,” katanya.

Hakim Ahmad Zamzani kemudian menetapkan ikat jamin ke atas Mohd Adnan sebanyak RM90,000 serta seorang penjamin.

Hakim turut membenarkan permohonan pihak pendakwaan supaya kes itu dipindahkan ke Mahkamah Sesyen Alor Setar untuk dibicarakan bersama kes rasuah yang dihadapi tertuduh selain menetapkan tarikh sebutan yang sama iaitu pada 31 Julai depan. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2srtKtF

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




Thus Article Bekas Pengarah Kemas S’gor Didakwa Guna Wang Aktiviti Haram

Itulah artikel Bekas Pengarah Kemas S’gor Didakwa Guna Wang Aktiviti Haram Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Bekas Pengarah Kemas S’gor Didakwa Guna Wang Aktiviti Haram dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/bekas-pengarah-kemas-sgor-didakwa-guna.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Bekas Pengarah Kemas S’gor Didakwa Guna Wang Aktiviti Haram"

Catat Ulasan

Loading...