Loading...

Bekas Wartawan Hiburan Tersohor, Bahyah Mahmood Meninggal Dunia

Loading...
Bekas Wartawan Hiburan Tersohor, Bahyah Mahmood Meninggal Dunia - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Bekas Wartawan Hiburan Tersohor, Bahyah Mahmood Meninggal Dunia, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Bekas Wartawan Hiburan Tersohor, Bahyah Mahmood Meninggal Dunia
link : Bekas Wartawan Hiburan Tersohor, Bahyah Mahmood Meninggal Dunia

Baca juga


Bekas Wartawan Hiburan Tersohor, Bahyah Mahmood Meninggal Dunia



KUALA LUMPUR - Keluarga besar wartawan dan penulis hiburan Malaysia hari ini kehilangan seorang tokoh yang cukup kami sayangi, Allahyarham Bahyah Mahmood,75, yang telah disahkan meninggal dunia pada pukul 5.20 pagi tadi di Institut Kanser Negara, Putrajaya akibat kanser.

Presiden Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM), Datuk Tengku Khalidah Tengku Bidin, meletakkan Allahyarham Bahyah Mahmood, bukan hanya sebagai seorang wartawan hiburan penuh wibawa, tetapi dalam banyak keadaan menjadi 'rakan baik' kepada sesiapa sahaja disekeliling beliau.

"Kak Bam (panggilan arwah) menjadi tempat berkongsi segala masalah, suka dan duka bukan sahaja dalam kehidupan anak seni tempatan, tetapi juga kami wartawan-wartawan muda yang menyambung perjuangan beliau dalam bidang penulisan seni dan hiburan.

"Beliau sudah seperti kakak atau ibu kepada kami kerana sering memberikan nasihat-nasihat, galakkan dan kata-kata semangat kepada wartawan yang lebih junior seperti kami.

"Tidak pernah ada seorang pun yang tidak menyukai atau ada masalah peribadi dengan beliau sepanjang kami mengenalinya," jelas Tengku Khalidah dalam satu kenyataan hari ini.

Justeru tidak hairan kenapa nama-nama besar, seniman dan seniwati lagenda negara meletakkan beliau sebagai maestro kewartawanan hiburan yang begitu berpengaruh.

Selain itu, Bam adalah antara satu-satunya wartawan hiburan yang diberi peluang menziarah Allahyarham Sudirman, ketika legenda itu berada dalam keadaan nazak sebelum meninggal dunia pada Februari 1992.

Persatuan WHAM melahirkan ucapan takziah kepada anak-anak dan ahli keluarga Allahyarham Bahyah Mahmood dan semoga tabah menerima kehilangan besar ini.

"Semoga meninggalnya beliau di dalam bulan yang penuh barakah ini akan menerima seribu satu ganjaran istimewa sebagaimana yang telah dijanjikan oleh Allah S.W.T.," kata kenyataan itu. - KOSMO


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sJRxa5

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




Thus Article Bekas Wartawan Hiburan Tersohor, Bahyah Mahmood Meninggal Dunia

Itulah artikel Bekas Wartawan Hiburan Tersohor, Bahyah Mahmood Meninggal Dunia Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Bekas Wartawan Hiburan Tersohor, Bahyah Mahmood Meninggal Dunia dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/bekas-wartawan-hiburan-tersohor-bahyah.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Bekas Wartawan Hiburan Tersohor, Bahyah Mahmood Meninggal Dunia"

Catat Ulasan

Loading...