Loading...

Benita Bantu 65 Anak Yatim Beli Kasut Raya

Loading...
Benita Bantu 65 Anak Yatim Beli Kasut Raya - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Benita Bantu 65 Anak Yatim Beli Kasut Raya, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Benita Bantu 65 Anak Yatim Beli Kasut Raya
link : Benita Bantu 65 Anak Yatim Beli Kasut Raya

Baca juga


Benita Bantu 65 Anak Yatim Beli Kasut Raya

KUALA LUMPUR – Seramai 65 penghuni Rumah Anak Yatim Nur Qaseh, Taman Melawati berpeluang memilih kasut raya mereka di kedai kasut Bata Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini hari ini.

Jelas tergambar kegembiraan pada wajah mereka apabila kos kasut mereka, yang dibiayai hasil sumbangan para petugas Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) dalam program ‘Sepatu Raya’ anjuran Persatuan Suri dan Anggota Wanita Bernama (Benita).

Pengurus Besar Bernama, Datuk Zulkefli Salleh yang menyokong penuh usaha berkenaan turut hadir memilih kasut bagi anak-anak yatim yang berusia empat hingga 17 tahun itu bersama 13 orang anggota Benita.

Zulkefli berkata program yang masuk tahun ke-10 membuktikan keprihatinan kakitangan Bernama dan Benita yang tidak jemu-jemu berusaha mengumpul sumbangan bagi menjadikan program tersebut satu realiti saban tahun.

“Melihat anak-anak ini gembira dan meriah memilih kasut merupakan satu kepuasan, dan pihak pengurusan Bernama sentiasa menyokong penuh usaha murni seperti ini,” katanya.

Setiausaha Benita Lat Zaharah Abdul Mutalib berkata tahun ini merupakan tahun kelima kerjasama persatuan itu dengan pihak Bata.

Katanya Bata memberikan harga diskaun menarik yang membolehkan wang sumbangan dikumpul dalam program selama sebulan itu menampung kos kasut 65 orang anak-anak yatim tahun ini berbanding 40 orang tahun lalu.

“Selain kasut, wang sumbangan program ini juga diberi sebagai duit raya dan perbelanjaan rumah anak yatim berkenaan,” katanya yang berharap aktiviti tahunan itu dapat diteruskan pada masa akan datang.

Sementara itu, Pengurus Korporat Pembangunan Perniagaan Bata Primavera Sdn Bhd Datuk James Selvaraj berkata pihaknya bersedia pada bila-bila masa menerima sebarang kerjasama melaksanakan tanggungjawab sosial korporat daripada mana-mana pihak yang berminat.

Katanya keprihatinan Benita membawa bilangan anak-anak yatim yang bertambah saban tahun merupakan bukti kemurahan hati rakyat Malaysia.

“Saya menyeru lebih banyak pihak mencontohi Benita dan Bernama dalam membantu mereka yang kurang bernasib baik seperti hari ini,” katanya. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2siQ0aQ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article Benita Bantu 65 Anak Yatim Beli Kasut Raya

Itulah artikel Benita Bantu 65 Anak Yatim Beli Kasut Raya Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Benita Bantu 65 Anak Yatim Beli Kasut Raya dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/benita-bantu-65-anak-yatim-beli-kasut.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Benita Bantu 65 Anak Yatim Beli Kasut Raya"

Catat Ulasan

Loading...