Loading...

Berang tak dapat BR1M, tetak kereta Pengerusi JKKK

Loading...
Berang tak dapat BR1M, tetak kereta Pengerusi JKKK - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Berang tak dapat BR1M, tetak kereta Pengerusi JKKK, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Berang tak dapat BR1M, tetak kereta Pengerusi JKKK
link : Berang tak dapat BR1M, tetak kereta Pengerusi JKKK

Baca juga


Berang tak dapat BR1M, tetak kereta Pengerusi JKKK


BESUT, TERENGGANU - Berang tidak dapat Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), seorang lelaki mengamuk dan menetak kereta milik Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Kampung (JKKK) di Kampung Gong Duek, Hulu Besut, petang semalam, lapor Bernama. 

Ekoran tindakan lelaki itu, polis terpaksa menembak suspek menggunakan pistol 'taser gun M26C', malangnya tidak berkesan dan lelaki berusia 30-an melarikan diri ke dalam hutan. 

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi berkata,sebelum kejadian itu, lelaki terbabit dilihat mengalami gangguan emosi dan cuba mengugut kedua-dua ibu bapanya yang berusia 80-an untuk mendapatkan wang. 

"Apabila cuba ditenteramkan, suspek beralih pula untuk meminta wang daripada Pengerusi JKKK itu dan dia bertambah marah apabila permintaannya tidak dilayan. 

"Walaupun empat tembakan dilepaskan ke atas tubuh mangsa termasuk pancutan air oleh Pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat yang datang membantu, suspek masih tidak dapat ditangkap dan melarikan diri ke dalam hutan berhampiran," katanya. 

Katanya, suspek mempunyai tiga kesalahan lampau termasuk Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana khianat dan pihak polis meneruskan usaha untuk memberkas suspek hari ini setelah memberhentikan operasi menjelang berbuat puasa semalam. 


Sumber : Gengviral


Thus Article Berang tak dapat BR1M, tetak kereta Pengerusi JKKK

Itulah artikel Berang tak dapat BR1M, tetak kereta Pengerusi JKKK Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Berang tak dapat BR1M, tetak kereta Pengerusi JKKK dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/berang-tak-dapat-br1m-tetak-kereta_32.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Berang tak dapat BR1M, tetak kereta Pengerusi JKKK"

Catat Ulasan

Loading...