Loading...

‘Berapa jumlah tanah persekutuan yang dijual BN?’

Loading...
‘Berapa jumlah tanah persekutuan yang dijual BN?’ - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk ‘Berapa jumlah tanah persekutuan yang dijual BN?’, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : ‘Berapa jumlah tanah persekutuan yang dijual BN?’
link : ‘Berapa jumlah tanah persekutuan yang dijual BN?’

Baca juga


‘Berapa jumlah tanah persekutuan yang dijual BN?’

MALAYSIAKINI


Ahli Parlimen DAP Lim Lip Eng mahu pemimpin BN tampil dan menjelaskan jumlah tanah persekutuan di Kuala Lumpur yang telah dijual oleh parti pemerintah.

Ini adalah susulan ‘Pasukan Komunikasi Strategik BN’ semalam yang mempersoalkan jumlah tanah di negeri itu yang masih milik Pulau Pinang selepas diterajui pimpinan DAP sejak tahun 2008

"Kerajaan BN juga perlu telus mengenai jumlah tanah yang dimiliki oleh agensi persekutuan di Kuala Lumpur yang telah dijual sejak tahun 2008, dan berapa banyak yang tinggal.

"Oleh kerana BN mula bercakap mengenai perkara ini, apa kata jika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak turut mendedahkan mana-mana tanah milik persekutuan di Kuala Lumpur yang telah dijual melalui tender terbuka?

"Kalau penjualan itu tidak melalui tender terbuka, bukankah ini satu bentuk amalan rasuah," soal Lim dalam satu kenyataan hari ini.

Ahli Parlimen Segambut itu memberi contoh bagaimana penjualan Terminal Bas Putra oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kepada Umno yang langsung tanpa mendedahkan jumlah urus niaga itu.

Terminal itu akan digantikan dengan bangunan pejabat 70 tingkat dan sebuah menara hotel.

"Perdana Menteri Najib Razak mempunyai tanggungjawab untuk mendedahkan berapa banyak yang telah dibayar (untuk terminal itu).

“Apatah lagi selepas BN membuat pelbagai spekulasi tentang bagaimana kerajaan Pulau Pinang mendapat keuntungan daripada penjualan tanah milik kerajaan negeri," katanya.

Najib, katanya, perlu menjelaskan berapa banyak telah dibayar kepada DBKL bagi tanah itu dan dari mana Umno mendapat wang untuk pembelian tanah awam berkenaan



Thus Article ‘Berapa jumlah tanah persekutuan yang dijual BN?’

Itulah artikel ‘Berapa jumlah tanah persekutuan yang dijual BN?’ Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel ‘Berapa jumlah tanah persekutuan yang dijual BN?’ dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/berapa-jumlah-tanah-persekutuan-yang.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "‘Berapa jumlah tanah persekutuan yang dijual BN?’"

Catat Ulasan

Loading...