Loading...

Beri Pendengaran Adil Kepada Doktor Kes Zulfarhan MMA

Loading...
Beri Pendengaran Adil Kepada Doktor Kes Zulfarhan MMA - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Beri Pendengaran Adil Kepada Doktor Kes Zulfarhan MMA, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Beri Pendengaran Adil Kepada Doktor Kes Zulfarhan MMA
link : Beri Pendengaran Adil Kepada Doktor Kes Zulfarhan MMA

Baca juga


Beri Pendengaran Adil Kepada Doktor Kes Zulfarhan MMA

zulfarhan.jpg

KUALA LUMPUR: Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) berharap doktor yang didakwa gagal melaporkan kecederaan dialami pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Zulfarhan Osman Zulkarnain kepada pihak berkuasa sebelum kematiannya, diberi pendengaran adil oleh Kementerian Kesihatan.

Presidennya Dr Ravindran R Naidu berkata apa yang dilihat doktor terbabit ketika dikunjungi pesakit berkenaan mungkin jauh berbeza daripada apa yang dilihat semasa bedah siasat.

“Menteri berkenaan (Menteri Kesihatan), sebagai seorang doktor dan ahli klinikal, tentu tahu bahawa tanggapan dan pemerhatian doktor itu ketika beliau melihat pesakit berkenan perlu diberi perhatian sewajarnya.

“Sekiranya kecederaan itu konsisten dengan sejarah yang dimaklumkan pesakit, maka, doktor itu mungkin tidak langsung mengesyaki sebarang perbuatan menyalahi undang-undang dilakukan,” katanya dalam kenyataan di sini, Isnin.

Zulfarhan Osman, 21, meninggal dunia di Hospital Serdang pada 1 Jun selepas didakwa didera beberapa rakannya berhubung kecurian sebuah komputer riba.

Pada Ahad, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata kementerian akan memanggil seorang doktor klinik swasta yang dilaporkan merawat kadet tentera laut berkenaan, untuk memberi penjelasan tentang kegagalannya melaporkan kecederaan dialami mangsa kepada polis.

Dr Ravindran berkata sebagai doktor yang bertanggungjawab, setiap daripada mereka perlu mematuhi undang-undang.

“Sekiranya kita pasti bahawa sesuatu perbuatan jenayah telah dilakukan terhadap atau oleh mana-mana pesakit, kita akan melaporkannya kepada pihak berkuasa berkenaan.

“Ya, kerahsiaan mengenai perubatan sangat penting, oleh itu sebarang keraguan yang dirasai, mestilah mempunyai asas yang betul-betul kukuh untuk kita mendedahkannya, walaupun dengan cara yang terbatas,”katanya.

Dr Ravindran berkata persatuan itu berharap kementerian dapat mengeluarkan garis panduan bagi memastikan kejadian serupa tidak berulang selain Kementerian Pendidikan Tinggi bersikap proaktif dalam menyiasat bagaimana kekasaran seteruk itu berlaku tanpa dikesan. – BERNAMA

Sumber: sehinggit



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sMMczD

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




Thus Article Beri Pendengaran Adil Kepada Doktor Kes Zulfarhan MMA

Itulah artikel Beri Pendengaran Adil Kepada Doktor Kes Zulfarhan MMA Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Beri Pendengaran Adil Kepada Doktor Kes Zulfarhan MMA dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/beri-pendengaran-adil-kepada-doktor-kes_44.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Beri Pendengaran Adil Kepada Doktor Kes Zulfarhan MMA"

Catat Ulasan

Loading...