Loading...

Bicskei `dilucut' jawatan

Loading...
Bicskei `dilucut' jawatan - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Bicskei `dilucut' jawatan, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Bicskei `dilucut' jawatan
link : Bicskei `dilucut' jawatan

Baca juga


Bicskei `dilucut' jawatan



ARKIB : 19/09/2005
Oleh AMRAN MULUP
 PETALING JAYA - Jurulatih dari Hungary, Bertalan Bicskei tidak lagi diberi kepercayaan mengendalikan skuad bola sepak kebangsaan dan bawah 23 tahun yang akan menghadapi Sukan SEA Filipina pada November ini, berkuat kuasa serta-merta.

Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Redzuan Sheikh Ahmad berkata, selain Bicskei, dua pembantunya, Joszef Dzurjak dan Nasir Yusof juga tidak dibenarkan menggalas tugas tersebut.

Beliau berkata, Bicskei akan menggalas tanggungjawab baru selepas ini yang akan diputuskan oleh mesyuarat Exco FAM.

Menurut beliau, keputusan drastik itu diambil selepas mendapat laporan terperinci daripada panel bebas yang dilantik FAM untuk mengkaji kekalahan memalukan 0-7 skuad bawah 23 tahun kepada Thailand di separuh akhir Kejohanan Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF), baru-baru ini.

``Keputusan ini dibuat selepas berbincang dengan panjang lebar termasuk mengkaji laporan daripada panel bebas yang dilantik juga laporan daripada pemain, tiga penolong jurulatih, pengurus pasukan dan pegawai perubatan.

``Hasil perbincangan Jawatankuasa Teknikal hari ini (semalam) kita membuat keputuan bahawa Bicskei tidak lagi mempunyai kemampuan mengendalikan skuad kebangsaan dan bawah 23 tahun,'' ujarnya selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Teknikal hampir tiga jam di Wisma FAM, Kelana Jaya di sini, semalam.

``Kita tidak pecat Bicskei tetapi beliau cuma diberi tanggungjawab baru sehingga kontraknya tamat pada 30 Jun tahun depan,'' ujarnya.

Mengenai kekosongan jawatan jurulatih kebangsaan, Redzuan berkata, jawatankuasa itu telah membuat keputusan memberi kepercayaan kepada jurulatih tempatan.

Beliau menegaskan, nama jurulatih tersebut akan diumumkan minggu ini.

Ujarnya, setakat ini jawatankuasa telah menyenarai pendek lima calon yang paling layak menggantikan tempat Bicskei dan akan dikemukakan kepada Mesyuarat Exco FAM untuk membuat keputusan.

``Kita akan umumkan secepat mungkin siapa jurulatih tempatan yang akan dipilih memandangkan masa begitu singkat ,'' ujarnya.

Ujarnya, jurulatih yang akan dilantik itu akan ditawarkan jawatan secara kontrak untuk mengendalikan skuad bawah 23 menghadapi Sukan SEA di Manila.

Sementara itu, penolong jurulatih, Nasir Yusof diberi tugas sementara mengendalikan skuad bawah 23 tahun yang akan melapor diri di Wisma FAM, hari ini.

SUMBER-Artikel Penuh: http://ift.tt/2qUmzYv
© Utusan Melayu (M) Bhd


Thus Article Bicskei `dilucut' jawatan

Itulah artikel Bicskei `dilucut' jawatan Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Bicskei `dilucut' jawatan dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/bicskei-dilucut-jawatan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Bicskei `dilucut' jawatan"

Catat Ulasan

Loading...