Loading...

BN Sarawak Sudah Terima Senarai Calon Untuk PRK Pujut - Abang Johari

Loading...
BN Sarawak Sudah Terima Senarai Calon Untuk PRK Pujut - Abang Johari - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk BN Sarawak Sudah Terima Senarai Calon Untuk PRK Pujut - Abang Johari, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : BN Sarawak Sudah Terima Senarai Calon Untuk PRK Pujut - Abang Johari
link : BN Sarawak Sudah Terima Senarai Calon Untuk PRK Pujut - Abang Johari

Baca juga


BN Sarawak Sudah Terima Senarai Calon Untuk PRK Pujut - Abang Johari

KUCHING, 3 Jun (Bernama) -- Barisan Nasional (BN) Sarawak sudah menerima senarai beberapa calon untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pujut.

Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg yang juga pengerusi BN negeri berkata calon yang akan dipilih untuk bertanding akan diputuskan dalam mesyuarat BN Sarawak yang dijangka diadakan sebelum proses penamaan calon.

"Nama sudah ada tetapi saya akan umumkan selepas mesyuarat BN Sarawak. Sama ada BN akan meletakkan 'calon langsung' juga akan diteliti dan bergantung kepada keadaan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menyempurnakan Majlis Penyampaian Sumbangan Aidilfitri bagi DUN Satok di sini, hari ini.

PRK DUN Pujut diadakan berikutan pelucutan kelayakan keanggotaan penyandangnya Dr Ting Tiong Choon daripada DAP sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) oleh DUN Sarawak pada 12 Mei lepas.

Pada pilihan raya negeri ke-11 Mei tahun lepas, Dr Ting menang dengan majoriti 1,759 undi menewaskan tiga calon lain iaitu Datuk Hii King Chiong (BN), Jofri Jaraiee (PAS) dan Fong Pau Teck (Bebas).

Formula calon langsung diperkenalkan oleh ketua menteri sebelum ini Allahyarham Tan Sri Adenan Satem bagi menyelesaikan perbalahan antara Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan parti serpihannya, Parti Rakyat Bersatu (UPP).

Mengulas lanjut, Abang Johari berkata BN Sarawak menyedari mereka bakal berdepan cabaran untuk merebut undi penduduk kawasan tersebut namun tetap optimis untuk melakar kemenangan.

"DUN Pujut adalah kawasan DAP jadi bermaksud untuk kita ia tugas sukar, kita mesti sedar realitinya tetapi kemungkinan untuk menang tetap ada, bukan mudah tetapi kalau kita kerja kuat, boleh menang," katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan pilihan raya kecil DUN Pujut pada 4 Julai manakala penamaan calon 20 Jun. -- BERNAMA


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rOYS8O

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article BN Sarawak Sudah Terima Senarai Calon Untuk PRK Pujut - Abang Johari

Itulah artikel BN Sarawak Sudah Terima Senarai Calon Untuk PRK Pujut - Abang Johari Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel BN Sarawak Sudah Terima Senarai Calon Untuk PRK Pujut - Abang Johari dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/bn-sarawak-sudah-terima-senarai-calon.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "BN Sarawak Sudah Terima Senarai Calon Untuk PRK Pujut - Abang Johari"

Catat Ulasan

Loading...