Loading...

'Bonus Raya' Dua Bulan Gaji, Penjawat Awam Selangor Dihargai

Loading...
'Bonus Raya' Dua Bulan Gaji, Penjawat Awam Selangor Dihargai - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk 'Bonus Raya' Dua Bulan Gaji, Penjawat Awam Selangor Dihargai, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : 'Bonus Raya' Dua Bulan Gaji, Penjawat Awam Selangor Dihargai
link : 'Bonus Raya' Dua Bulan Gaji, Penjawat Awam Selangor Dihargai

Baca juga


'Bonus Raya' Dua Bulan Gaji, Penjawat Awam Selangor Dihargai


SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali hari ini mengumumkan bantuan khas kewangan sempena Aidilfitri sebanyak dua bulan gaji kepada kakitangan kerajaan negeri yang akan dibayar 21 Jun ini.

Beliau berkata seramai 17,703 penjawat awam Selangor bakal menerima bantuan kewangan khas itu yang membabitkan peruntukan RM63.3 juta.

"Ini adalah tanda penghargaan kepada penjawat awam di atas komitmen dan dedikasi mereka dalam memaju dan membangunkan negeri Selangor.

"Dan ini juga adalah berdasarkan prestasi kewangan semasa dan sebab itu kita bersetuju memberikan bantuan ini kepada penjawat awam," katanya ketika berucap pada Majlis Rapat Ramadan Penjawat Awam bersama Menteri Besar Selangor di Auditorium Dewan Jubli Perak di sini.

Beliau berharap pemberian bantuan khas itu dapat meringankan beban kewangan penjawat awam negeri bagi persiapan menyambut Aidilfitri.

Dalam pada itu Mohamed Azmin berkata kerajaan negeri Selangor turut bercadang untuk memberikan satu lagi insentif kewangan kepada penjawat awam pada penghujung tahun ini, namun ia tertakluk kepada prestasi jabatan dan anggota perkhidmatan awam negeri.

"(Jumlah) insentif itu akan kita umumkan kelak dan ia bergantung kepada prestasi jabatan dan anggota. Sekiranya mereka berkhidmat dengan lebih cemerlang, sudah tentu mereka mendapat ganjaran lebih besar," katanya. - BERNAMA


Thus Article 'Bonus Raya' Dua Bulan Gaji, Penjawat Awam Selangor Dihargai

Itulah artikel 'Bonus Raya' Dua Bulan Gaji, Penjawat Awam Selangor Dihargai Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel 'Bonus Raya' Dua Bulan Gaji, Penjawat Awam Selangor Dihargai dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/bonus-raya-dua-bulan-gaji-penjawat-awam.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "'Bonus Raya' Dua Bulan Gaji, Penjawat Awam Selangor Dihargai"

Catat Ulasan

Loading...