Loading...
Tajuk : Budak Masuk ICU, Jururawat Silap Beri 44 Unit Insulin
link : Budak Masuk ICU, Jururawat Silap Beri 44 Unit Insulin
Budak Masuk ICU, Jururawat Silap Beri 44 Unit Insulin
AKIBAT kecuaian, seorang budak lelaki berusia 14 tahun terpaksa dimasukkan ke unit rawatan rapi di sebuah hospital selepas jururawat memberinya 44 unit insulin sedangkan dia hanya patut menerima empat unit sahaja.
Chris Walton, yang menghidap kencing manis telah dimasukkan ke hospital selepas kandungan gula yang tinggi dalam darah di Hospital Princess Margaret di Australia.
Kecuaian berkenaan, kata ibunya, Maria Walton boleh menyebabkan kematian kepada anaknya.
“Otaknya boleh mengalami kerosakan… atau mengalami koma dan meninggal dunia,’’ kata Maria yang turut menyatakan kesilapan berkenaan hampir gagal dikesan pada peringkat awal.
Jelasnya, kakitangan hospital itu hanya menyedarinya selepas dia menyoal mereka dan apabila mereka tersedar barulah mereka panik.
“Apa yang saya marahkan doktor boleh memberitahu saya bahawa kesilapan boleh berlaku kerana tiada siapa pun yang sempurna. Ia memang menjijikkan,’’ katanya.
Dalam pada itu, pihak hospital memaklumkan sedang menjalankan siasatan berhubung insiden tersebut. – MYNEWSHUB.CC
Thus Article Budak Masuk ICU, Jururawat Silap Beri 44 Unit Insulin
Itulah artikel Budak Masuk ICU, Jururawat Silap Beri 44 Unit Insulin Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Budak Masuk ICU, Jururawat Silap Beri 44 Unit Insulin dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/budak-masuk-icu-jururawat-silap-beri-44_9.html
0 Response to "Budak Masuk ICU, Jururawat Silap Beri 44 Unit Insulin"
Catat Ulasan