Loading...

Cara Awal Menguruskan Jenazah

Loading...
Cara Awal Menguruskan Jenazah - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Cara Awal Menguruskan Jenazah, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Cara Awal Menguruskan Jenazah
link : Cara Awal Menguruskan Jenazah

Baca juga


Cara Awal Menguruskan Jenazah


Kematian itu benar. Kematian itu boleh datang bila-bila masa tidak kira kita bersedia atau tidak. Kematian juga boleh berlaku ke atas ahli keluarga kita dan kita harus tahu serba sedikit apa yang perlu dilakukan sekiranya berlaku kematian dalam rumah kita.

Pengetahuan asas ini amatlah penting untuk memastikan kita tahu apa yang perlu dilakukan dan proses yang perlu dilalui sekiranya berlaku kematian orang yang terdekat. 

Setiap orang yang mati WAJIB dilakukan 4 perkara iaitu dimandikan, dikafankan, disolatkan dan dikembumikan. 4 perkara itu adalah kewajiban, tetapi selain daripada 4 pekara tersebut, banyak lagi perkara yang perlu anda tahu dan perlu anda uruskan sekiranya berlaku kematian.

Berikut adalah sedikit perkongsian apa nak buat apabila berlaku kematian dan  cara awal menguruskan jenazah:
  1. Jangan cemas. Hubungi keluarga terdekat untuk memaklumkan kematian.
  2. Hubungi ketua kampung atau ketua masyarakat untuk memaklumkan kematian tersebut.
  3. Maklumkan juga kepada ahli jawatankuasa masjid. InsyaAllah orang masjid akan membantu uruskan jenazah. 
  4. Sementara itu sapu minyak di kelopak mata jenazah untuk lembutkan kemudian cuba rapatkan mata jenazah jika masih terbuka.
  5. Sekiranya kelopak mata jenazah agak sukar untuk di tutup, tutup mata jenazah dan letakkan syiling 50 sen untuk membantu menutup mata jenazah.
  6. Begitu juga dengan tangan, sapukan sedikit minyak di kedua-dua siku untuk lembutkan kemudian letakkan kedua-dua tangan di atas perut. Sapukan sedikit minyak juga pada sendi-sendi lain jenazah. Ini akan melembutkan senddi jenazah dan memudahkan proses memandikan jenazah nanti.
  7. Letak sesuatu yang agak berat di atas perut, supaya tak masuk angin.
  8. Letakkan tangan jenazah seperti dalam keadaan solat. Ikat tangan dengan perca kain.
  9. Kepala hingga dagu juga elok ikat dengan perca kain.
  10. Jika ada darah yang keluar dari hidung/telinga, sumbatkan dengan kapas untuk menahan darah dari terus menitik keluar
  11. Selimutkan jenazah dengan kain yang dapat menutup seluruh jasad dari kepala hingga kaki.. boleh guna sebarang kain samada kain batik panjang atau kain selimut, asal saja dapat menutupi jenazah.
  12. Rehatlah dan cubalah untuk tidur dulu sementara menunggu subuh kalau kematian berlaku seawal jam 12 atau 1 pagi.
  13. Maklumkan kepada klinik berhampiran tentang kematian. Klinik akan hantar wakil unutk proses pengesahan kematian dari doktor klinik/hospital.
  14. Bila dapat surat pengesahan tersebut baru buat laporan di balai polis berhampiran.
  15. Polis kemudiannya akan keluarkan Permit Pengkebumian / Surat mati untuk urusan pengkebumian jenazah.
  16. Fotostat sijil kematian untuk memudahkan proses cuti kaum keluarga terdekat.
  17. Sediakan duit secukupnya untuk proses pengurusan jenazah. Cara terbaik adalah dengan menjadi ahli khariat kematian samada di surau atau masjid berdekatan rumah.
  18. Jika kita tiada khairat kematian, hanya perlu ada sejumlah RM520(mungkin jumlah RM berbeza di masjid lain) untuk pengurusan jenazah dari awal urusan dimandikan, dikafankan sehinggalah selamat dikebumikan(wang boleh serah kemudian, pihak masjid boleh dahulukan).
  19. Pihak masjid atau ketua masyarakat yang akan menghubungi penggali kubur untuk menyediakan tempat, begitu juga urusan kain kapan dan sebagainya. waris simati tidak perlu bimbang tentang semua perkara itu.
  20. Sentiasa berdoa agar pengurusan jenazah berjalan dengan lancar dan jenazah sentiasa mendapat rahmat daripada Allah.
Sebarkan maklumat ini kepada seluruh umat islam sebagai peringatan. Semua orang perlu tahu cara awal menguruskan jenazah ini untuk memudahkan dan melancarkan proses pengurusan jenazah keseluruhannya. InsyaAllah.



✍ Sumber Pautan : ☕ Wikicara.org - Kompilasi Pelbagai Cara

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2r6LYiD

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article Cara Awal Menguruskan Jenazah

Itulah artikel Cara Awal Menguruskan Jenazah Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Cara Awal Menguruskan Jenazah dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/cara-awal-menguruskan-jenazah.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Cara Awal Menguruskan Jenazah"

Catat Ulasan

Loading...