Loading...

Cikgu, kalau kapal terbang nak jatuh, nak minta tolong siapa?

Loading...
Cikgu, kalau kapal terbang nak jatuh, nak minta tolong siapa? - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Cikgu, kalau kapal terbang nak jatuh, nak minta tolong siapa?, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Cikgu, kalau kapal terbang nak jatuh, nak minta tolong siapa?
link : Cikgu, kalau kapal terbang nak jatuh, nak minta tolong siapa?

Baca juga


Cikgu, kalau kapal terbang nak jatuh, nak minta tolong siapa?



 
Oleh NIK MUHAMMAD NASRI NIK MALEK


APABILA kapten kapal terbang sebuah syarikat penerbangan dari Perth ke Kuala Lumpur meminta penumpang membaca doa agar kapal terbang yang mengalami masalah teknikal baru-baru ini selamat, saya teringat satu peristiwa 34 tahun yang lampau.

Ketika itu saya di Tingkatan 4, Sekolah Alam Shah, Ceras, Kuala Lumpur. Guru Matematik Moden seorang Tionghua tanpa agama. Ketika hampir selesai pengajaran Matematik Moden itu, dia menyebut kepada kelas yang kesemua pelajarnya ialah pelajar lelaki: 'I'm free. I've no rules to follow.' Seorang kawan bernama Zainal Arifin (almarhum) menyampuk: 'Kalau cikgu naik kapal terbang, tiba-tiba kapal terbang nak jatuh, cikgu nak minta tolong siapa?'

Loceng berbunyi menandakan pertukaran subjek lain pula. Cikgu kecil molek yang tidak berkahwin itu diam, tidak respon apa-apa dan terus keluar.

Kenyataan seorang guru aties yang secara halusnya mengajak manusia engkar kepada Allah dan peraturan-Nya disanggah dengan soalan spontan daripada mulut pelajar yang menggunakan logik akal mudah.

Manusia secara fitrah dan semulajadi percaya kepada satu superpower yang berbeza dengan dirinya dan makhluk lain. Ketika senang, ia mungkin tidak ketara. Tetapi ketika susah, ia akan berdoa kepada-Nya memohon pertolongan membebaskannya dari dukalara.

Perkara ini dikuatkan oleh ayat al-Quran yang menyebut tentang manusia yang berada di laut di saat gelombang kuat, dia akan berdoa kepada Allah agar diselamatkan, tetapi bila tenang berada di darat, dia mula lupa.

Si fulan komen isu di atas dengan berkata: Ia masalah teknikal sahaja, tiada kaitan dengan tuhan.
Nama si fulan sangat baik dari segi maknanya. Zaid nama popular dalam buku tatabahasa Arab. Ia digunakan untuk menunjukkan kata nama Zaid itu sebagai isim marfu', mansub atau majrur. Ops, maaf, ramai yang tak faham.

Nama Ibrahim pula sempena nama nabi yang membanteras syirik dan bentuk kepercayaan yang salah di zamannya. Sepatutnya orang bernama seperti ini mempunyai sifat macam Nabi Ibrahim yang membanteras kesesatan, tidak sebaliknya.

Kerosakan teknikal kapal terbang boleh berlaku kepada semua jenis kapal terbang, tambang murah atau tambang mahal. Langkah keselamatan tentu telah diambil. Namun apabila berlaku perkara yang penuh risiko, adakah salah kapten kapal yang punya pengalaman dan prinsip meminta penumpang berdoa agar semua selamat?

Kalau yang komen itu seorang aties, ia memang tidak percaya kepada tuhan dan mungkin tidak berdoa. Namun, dia tidak dapat melawan fitrah semulajadi dirinya sendiri bahawa di sana ada kuasa yang mengatasi segalanya.

Kalau yang bernama Zaid itu muslim, dia tentu percaya kepada agamanya termasuk ayat al-Quran dan isinya.

Lama dulu, dialah yang memfailkan kes di mahkamah menentang hudud di negerinya sendiri.
Kini, dalam kes kapal terbang pun, dia menunjukkan seolah-olah kuasa tuhan tidak tertakluk kepada perkara itu.

Takdirnya nanti (moga dijauhkan Allah), partinya mendapat kuasa, tentu syariat dan hukum agama terpinggir kerana tuhan tiada peranan di situ.

Kembalilah kepada fitrah. Kembali lah kepada agama Allah.

(Penulis adalah Ketua Lajnah Media Baharu Dewan Ulamak PAS Terengganu) 



Thus Article Cikgu, kalau kapal terbang nak jatuh, nak minta tolong siapa?

Itulah artikel Cikgu, kalau kapal terbang nak jatuh, nak minta tolong siapa? Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Cikgu, kalau kapal terbang nak jatuh, nak minta tolong siapa? dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/cikgu-kalau-kapal-terbang-nak-jatuh-nak.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Cikgu, kalau kapal terbang nak jatuh, nak minta tolong siapa?"

Catat Ulasan

Loading...