Loading...

Confirm ada yang terasa ni! Balik kampung jangan buat-buat lupa 19 perkara ni

Loading...
Confirm ada yang terasa ni! Balik kampung jangan buat-buat lupa 19 perkara ni - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Confirm ada yang terasa ni! Balik kampung jangan buat-buat lupa 19 perkara ni, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Confirm ada yang terasa ni! Balik kampung jangan buat-buat lupa 19 perkara ni
link : Confirm ada yang terasa ni! Balik kampung jangan buat-buat lupa 19 perkara ni

Baca juga


Confirm ada yang terasa ni! Balik kampung jangan buat-buat lupa 19 perkara ni

Confirm ada yang terasa ni! Balik kampung jangan buat-buat lupa 19 perkara ni

Confirm ada yang terasa ni! Balik kampung jangan buat-buat lupa 19 perkara ni

Balik beraya di kampung, jangan tak tahu adab pula. Raya di zaman adik beradik belum berkahwin semuanya tak sama dengan beraya bila masing-masing dah ada keluarga sendiri. Jadi, Hafiz Mansor kongsikan 19 perkara ini yang korang perlu tahu bila balik beraya di kampung.
Bila nak raya ini, terutamanya balik ke kampung rumah mak ayah, sudah tentu adik beradik, sanak saudara penuh dalam rumah. Kalau adik beradik kau ada 10 orang  tak termasuk anak buah, tak ke macam kawasan perang kena bom atom jadinya dalam rumah itu? Tapi, itulah suasana yang kita hanya dapat rasa semasa hari raya.
Cuma aku nak berpesan, bila balik ke kampung, kau kena ambil tahu dan jangan buat-buat lupa. Aku karate halkum sampai lumpuh kang? Haaa!
1. PAMPERS ANAK
Tolong beli siap-siap berguni kalau anak kau kerap berak setiap lima minit. Kau pun tahu, kedai banyak tutup di kampung sebab nak raya. Nanti bila dah habis, mulalah pinjam pampers anak buah yang lain. Ingat mak bapak diorang buat jualan amal ke? Dah pinjam, tak digantikan dengan yang baru pula. Pampers mahal oi!
2. SUSU ANAK
Ini lagi satu. Anak kau kecil-kecil semua selang setahun sebab aktifnya kau berjimba di subuh hari. Jadi, bawalah susu lebih siap-siap. Bila bawa ngam-ngam saja, mulalah nak pinjam susu anak buah kau. Budak itu pun mak ayah dia dah beli untuk tempoh bercuti. Bila tak cukup, mulalah tarik muka macam tosei.
3. KEMAS DAPUR SAMA-SAMA
Bila dah berkumpul ramai-ramai, makan pun ramai-ramai tapi selepas makan pinggan letak dalam sinki. Kau ingat adik beradik kau yang lain itu orang gaji? Masing-masing makan, lepas itu tolong basuh pinggan itu. Kemas dapur sama-sama.
Selepas makan, kau basuh tangan, kau tengok TV. Wah.. wah… Wahab Enterprise betul.
4. BASUH/JEMUR PAKAIAN
Bila kau guna mesin basuh, kalau dah siap kau angkatlah baju itu dan sidailah. Kau ingat orang lain tak ada baju ke nak dibasuh? Kalau pakaian dah kering, angkatlah dari ampaian. Sedara kau nak sidai mana? Atas kereta jiran ke?
5. BAWA SETERIKA SENDIRI
Masing-masing nak beraya ini, baju semua tak mau berkedut. Jadi kau bawalah seterika kau sendiri dari rumah balik kampung. Tak adalah berebut-rebut nak seterika tudung. Seterika tudung pun 30 minit masing-masing. Tok Imam dah serak suara takbir raya panggil datang masjid.
6. BAWA TOTO & SELIMUT SENDIRI
Bila ramai-ramai balik kampung, kau jangan nak harapkan tilam yang tebal dan empuk lagi Massimo the italian baker. Jadi, bawalah toto sendiri, selimut sendiri untuk kau dan anak beranak. Biasa tak cukup bila ramai-ramai balik. Pandai-pandailah kau nak tidur nanti nak lapik pakai daun pandan ke.
7. KENA BANGUN AWAL KALAU TIDUR DI RUANG TAMU
Bilik dah tentu tak cukup, jadi terpaksa tidur di ruang tamu, tempat makan dan celah jamban. Itu biasa berlaku bila balik raya beramai-ramai. Jadi kau kena bangun awal bila tahu kau tidur di depan. Jangan sampai mati kena pijak macam di tempat konsert. Berbuih seorang-seorang kena pijak sebab lambat bangun.  Tak perasan.
8. RUMAH KAMPUNG BUKAN CYBERCAFE
Plug rumah mak ayah tak banyak, bukannya cybercafe rumah diorang tu. Jadi kau kena bawa siap-siap extension wire, charger handphone, powerbank masing-masing. Tak adalah bergaduh. Budak-budak sekarang pasal charger pun boleh membunuh korek mata.
9. BAWA PENYANGKUT BAJU SENDIRI
Bila masing-masing baju raya 30 pasang seorang, tolong bawa penyangkut baju sendiri untuk kau gantung di besi tingkap rumah tu. Ini kau pinjam, itu tak cukup, mulalah nak bising bila baju dah seterika kedut balik sebab terlipat.
10. BAWA PERALATAN MANDI SENDIRI
Faham-faham sajalah bila dah ramai dalam satu rumah ini dengan pelbagai peringkat umur ini. Kalau boleh, bawalah peralatan mandi seperti berus gigi, ubat gigi, syampu, sabun mandi, tuala sendiri. Tak adalah kau bising benda tak cukup dalam rumah.
11. JANGAN MANDI LAMA SANGAT
Masa nak mandi tu, janganlah mandi lama-lama macam kau mandi junub. Ingat kau seorang saja laki bini mandi junub? Aku pun nak mandi junub juga. Jadi, mandi tu ala kadar atau kau bangun jam 4 pagi mandi siap-siap kalau kau jenis spesis mandi slow motion.
12. BAWA SELIPAR SENDIRI
Beli kasut mahal-mahal, lepas tu rembat selipar orang di rumah buat pergi sana sini sebab takut kotorkan kasut sendiri. Balik raya, tolong bawa selipar sendiri. Kau ingat orang tu tak keluar beraya juga pakai selipar?
13. BAWA KIPAS SENDIRI
Kalau anak kau jenis tak tahan panas dan lahir di London, tolong bawa kipas sendiri. Tak adalah bergaduh, merungut, berpidato menantu mertua dalam rumah.
14. BELI MAKANAN DAN KONGSI-KONGSIKAN
Bila kau beli makanan dan letak di dapur tu, kongsi-kongsikanlah. Kalau tak nak kongsi, kau jangan tunjuk. Letak saja bawah katil atau kau korek simpan dalam tanah. Bila letak di dapur, ramai-ramai ini semua nafsu piranha. Sekejap saja dah habis.
15. BELI BUNGA API LEBIH
Kalau kau beli bunga api untuk anak kau saja, kau belilah lebih untuk anak saudara yang lain juga. Anak kau seorang saja main, kecil hati budak-budak yang lain. Kalau tak, main sajalah bunga api itu dalam bilik air sambil tutup pintu.
16. BERTOLAK ANSUR BUANG SAMPAH
Sampah pasti cepat saja penuh. Jadi, masing-masing bertolak ansurlah buang sampah. Ini tak, masing-masing ego. Last-last satu rumah bau mayat. Pampers anak kau saja pun dah 40 kg.
17. SAMA-SAMA KEMAS RUMAH
Kemas rumah, cuci lantai, sapu sampah di luar, buatlah bersama-sama. Jangan kau biarkan along kau saja, angah kau saja buat benda itu. Kau layan handphone sambil like status Hafiz Mansor yang kacak itu .Harrey.
18. FEEL RAYA TAK SAMPAI KALAU DUDUK HOTEL
Kalau kau rasa semua tak boleh dan menyusahkan, nak selesa kau duduk sajalah di hotel dengan anak beranak. Tapi feel rayanya tak sama bila berkumpul ramai-ramai walaupun tak selesa.
19. JANGAN BERGADUH LAKI BINI
Jangan bergaduh laki bini depan mak bapak, anak-anak, saudara mara tentang hal rumah tangga sebab terlupa itu ini. Kau masuk dalam kereta, berparanglah dalam tu. Emosi raya orang lain kena jaga.
Itu sajalah yang aku nak kongsikan yang mana aku tahu. Korang boleh share kalau ia bermanfaat untuk orang lain nak balik raya ni.
Sumber: Hafiz Mansor
Via: TR


Sumber Confirm ada yang terasa ni! Balik kampung jangan buat-buat lupa 19 perkara ni

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2svlY3g

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




Thus Article Confirm ada yang terasa ni! Balik kampung jangan buat-buat lupa 19 perkara ni

Itulah artikel Confirm ada yang terasa ni! Balik kampung jangan buat-buat lupa 19 perkara ni Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Confirm ada yang terasa ni! Balik kampung jangan buat-buat lupa 19 perkara ni dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/confirm-ada-yang-terasa-ni-balik.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Confirm ada yang terasa ni! Balik kampung jangan buat-buat lupa 19 perkara ni"

Catat Ulasan

Loading...