Tajuk : Daftar Perniagaan Melalui EzBiz Online – SSM
link : Daftar Perniagaan Melalui EzBiz Online – SSM
Daftar Perniagaan Melalui EzBiz Online – SSM
KANGAR – Orang ramai boleh mendaftar perniagaan mereka secara dalam talian melalui perkhidmatan ‘EzBiz Online’ dan tidak perlu hadir ke kaunter Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
Pengarah SSM Perlis, Ahmad Nizam Samsoo berkata pemilik syarikat juga boleh memperbaharui daftar perniagaan, membuat perubahan dan menamatkan perniagaan atau membayar kompaun secara dalam talian.
“Transaksi melalui EzBiz Online ini boleh dilaksanakan bila-bila masa dan di mana sahaja oleh pelanggan 24 jam sehari, tujuh hari seminggu, tetapi perlu mendaftar sebagai pengguna EzBiz terlebih dahulu untuk menggunakan perkhidmatan itu secara percuma seumur hidup,” katanya.
Beliau berkata demikian pada ‘Kempen Pakat Mai Daftar EzBiz Online Peringkat Negeri Perlis 2017’ di perkarangan Pasar Ramadan Bintong yang disempurnakan oleh Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail di sini semalam.
Program Gerak Prihatin [email protected] Al-kareem Edisi Keempat bagi tahun 1438 Hijrah turut diadakan bersempena kempen itu.
Tuanku Syed Faizuddin yang juga Yang Dipertua MAIPs (Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis) turut menyampaikan bonus MAIPs sebanyak RM250 kepada semua amil lantikan majlis itu dari seluruh Perlis. – BERNAMA
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2s8SvKZ
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Daftar Perniagaan Melalui EzBiz Online – SSM
Anda sedang baca artikel Daftar Perniagaan Melalui EzBiz Online – SSM dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/daftar-perniagaan-melalui-ezbiz-online.html
0 Response to "Daftar Perniagaan Melalui EzBiz Online – SSM"
Catat Ulasan