Loading...

Daging lembu, kerbau di pasaran selamat dimakan - Tajuddin

Loading...
Daging lembu, kerbau di pasaran selamat dimakan - Tajuddin - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Daging lembu, kerbau di pasaran selamat dimakan - Tajuddin, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Daging lembu, kerbau di pasaran selamat dimakan - Tajuddin
link : Daging lembu, kerbau di pasaran selamat dimakan - Tajuddin

Baca juga


Daging lembu, kerbau di pasaran selamat dimakan - Tajuddin

TELUK INTAN: Pengguna tidak perlu berasa gusar dan panik membeli daging lembu serta kerbau yang dijual di pasar di seluruh negara kerana ia dijamin selamat untuk dimakan.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, pihaknya telah mengambil tindakan membendung penyakit hawar berdarah atau Haemorrhagic Septicemia daripada merebak membabitkan lembu dan kerbau yang kembali tular di Terengganu sejak bulan lalu.

Katanya Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Terengganu telah melakukan tindakan pencegahan dengan memvaksin kedua-dua jenis haiwan ternakan itu.

Bagaimanapun katanya, sehingga kini belum ada maklumat secara terperinci daripada JPV Terengganu mengenai tindakan pencegahan yang telah dilakukan bagi memastikan bekalan daging lembu dan kerbau untuk keperluan pengguna mencukupi.

"Kita tidak boleh duga sesuatu penyakit atau musibah yang berlaku pada bila-bila masa. Sebagai contoh, virus selsema burung (H5N1) yang menjangkiti unggas di Kelantan baru-baru ini dan berjaya membendungnya daripada terus merebak," katanya kepada pemberita selepasa majlis Penyampaian Zakat kementerian dan berbuka puasa di sini hari ini.

Semalam, Ketua Bahagian Kesihatan JPV Terengganu Dr Wan A'aidah Wan Hashim berkata setiap hari, tiga atau empat kumpulan kakitangan akan memvaksin antara 300 hingga 400 ekor lembu dan kerbau di ladang ternakan yang terletak kira-kira lima kilometer radius dari kawasan wabak penyakit itu.

Beliau berkata sejak Rabu lepas, pihaknya telah memvaksin sebanyak 955 ekor lembu iaitu 792 di daerah Marang dan 163 di daerah Kuala Terengganu.

Sejak penyakit itu dikesan pada 26 Mei lepas, sebanyak 261 kes kematian haiwan ternakan dilaporkan oleh 12 penternak di daerah Marang, Kuala Terengganu dan Kuala Nerus yang membabitkan 201 kematian lembu manakala 60 lagi melibatkan kematian kerbau.

Tanda-tanda awal penyakit itu ialah edema, panas dan sakit di bahagian leher, tiada selera makan, sugul, pernafasan menjadi kencang, sakit mata dan air liur keluar dengan banyak hingga menyebabkan kematian dan kali terakhir penyakit hawar berdarah dilaporkan di Terengganu ialah 10 tahun lepas.

-- BERNAMA



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rZrxY5

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article Daging lembu, kerbau di pasaran selamat dimakan - Tajuddin

Itulah artikel Daging lembu, kerbau di pasaran selamat dimakan - Tajuddin Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Daging lembu, kerbau di pasaran selamat dimakan - Tajuddin dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/daging-lembu-kerbau-di-pasaran-selamat.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Daging lembu, kerbau di pasaran selamat dimakan - Tajuddin"

Catat Ulasan

Loading...