Loading...

Dari Beri Ubat Bius Hingga Kepada Proses Pemulihan, Ini Cabaran Yang Perlu Dihadapi Oleh Doktor Dalam Merawat Pesakit Berat Badan Berlebihan

Loading...
Dari Beri Ubat Bius Hingga Kepada Proses Pemulihan, Ini Cabaran Yang Perlu Dihadapi Oleh Doktor Dalam Merawat Pesakit Berat Badan Berlebihan - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Dari Beri Ubat Bius Hingga Kepada Proses Pemulihan, Ini Cabaran Yang Perlu Dihadapi Oleh Doktor Dalam Merawat Pesakit Berat Badan Berlebihan, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Dari Beri Ubat Bius Hingga Kepada Proses Pemulihan, Ini Cabaran Yang Perlu Dihadapi Oleh Doktor Dalam Merawat Pesakit Berat Badan Berlebihan
link : Dari Beri Ubat Bius Hingga Kepada Proses Pemulihan, Ini Cabaran Yang Perlu Dihadapi Oleh Doktor Dalam Merawat Pesakit Berat Badan Berlebihan

Baca juga


Dari Beri Ubat Bius Hingga Kepada Proses Pemulihan, Ini Cabaran Yang Perlu Dihadapi Oleh Doktor Dalam Merawat Pesakit Berat Badan Berlebihan

Foto: healthline
Mempunyai berat badan berlebihan sering sahaja dikaitkan dengan pelbagai penyakit, antaranya kencing manis, juga sakit jantung. Disebabkan itu, pengawalan pemakanan, diet serta senaman, amat penting dalam memastikan tubuh badan mempunyai berat badan yang ideal.

Memang tidak dapat dinafikan juga, ada yang memiliki berat badan berlebihan sihat tubuh badan. Namun begitu, bagi yang mempunyai berat badan berlebihan, terdapat kesukaran yang tersediri dari segi rawatan untuk mereka.

Mungkin kita tidak sedar, tetapi menenerusi perkongsian dari Dr Hana Hadzrami ini, terdapat beberapa kesukaran yang dialami oleh doktor sama ada dari segi pemberian ubat bius, sehinggalah ke proses pemulihan.

Mari kita ikuti perkongsian darinya.

Foto: framepool
BERAT BAHU MEMIKUL

Ada yang bertanya, apa kaitannya antara berat berlebihan dengan kesukaran membius?

Jawapannya ialah; berat badan melampau (obesiti) bukan saja menyebabkan kesukaran pembiusan, malah kesukaran pembedahan, pemulihan dan banyak lagi.

Semakin berat timbangan pesakit, semakin susah hati doktor bius. Bukan disebabkan kerja doktor semakin sukar, tetapi disebabkan nyawa anda lebih genting untuk kami pelihara sewaktu dibius.

1. Pemberian bius tidur


Pesakit obese lebih sukar untuk kami berikan bius tidur dengan selamat. Lazimnya pesakit apabila dibius akan berhenti bernafas. Jadi kawalan pernafasan akan diambil alih oleh doktor bius melalui tiub pernafasan yang disambung kepada mesin bantuan pernafasan.

Pesakit obese lazimnya mempunyai ruang mulut dan oropharynx yang sempit. Ramai juga mengalami obstructive sleep apnoea OSA (dengkuran yang menghalang pernafasan), menyebabkan paras oksigen tubuh turun dengan laju serta kegagalan jantung. 

Kegagalan untuk memasukkan tiub pernafasan pada pesakit obese menyebabkan paras oksigen darah jatuh, jantung boleh terhenti dan akhirnya pesakit mati otak atau mati kekal.

2. Asid perut lebih banyak


Pesakit obese lazimnya mempunyai simpanan asid perut yang lebih banyak dari pesakit lain kerana saiz perut yang lebih besar. Sejurus apabila dibiuskan, asid perut boleh keluar dengan mudah lalu membakar paru-paru. Walaupun tiub pernafasan berjaya dimasukkan namun jika paru-paru terbakar teruk, maka tetap tak dapat memberikan oksigen dalam darah, menyebabkan kegagalan organ tubuh.

3. Kesukaran untuk mencari akses vena

Urat darah halus tersembunyi dibawah lapisan kulit yang tebal, menyukarkan doktor mencarinya. Kerap kami terpaksa menggunakan salur darah besar di leher atau di pangkal peha, mengesannya berpandukan ultrasound. 
Kadangkala kami memerlukan 4 orang pembantu untuk menolak pelipat perut pesakit ke atas dan menekan pelipat peha ke bawah bagi mendapatkan ruang akses intravena di pangkal peha selama berjam-jam. Lenguh badan kami semua walaupun pembedahan belum lagi dimulakan.
Foto: dailymail
4. Meja bedah yang sempit
Meja bedah sememangnya sempit walaupun mampu menampung berat sehingga 300-400kg. Namun pesakit obese bukan saja berat, malah lebar. Selalunya memerlukan dua katil bedah yang disambung bersebelahan. Tak mudah sebenarnya nak dapatkan meja bedah ekstra di mana-mana dewan bedah.

5. Meletakkan anggota di posisi yng dikehendaki


Kelima, pembedahan boleh jadi sukar kerana pesakit obese selalunya sukar untuk diletakkan anggota badan diposisi yang dikehendaki. Kadangkala doktor bedah perlu menggunakan alatan luar biasa untuk mendapatkan akses ruang pembedahan disebabkan lemak yang tebal. 
Pesakit obese juga lebih cenderung mendapat luka tekanan (pressure sore) berbanding pesakit biasa apabila terbaring lama di meja bedah.

6. Pemindahan pesakit


Pemindahan pesakit obese ke tempat lain juga tak mudah. Mereka memerlukan troli khas yang mampu menampung lebar dan berat badan mereka. Pernah kami tak dapat pindahkan seorang pesakit ke bangunan ICU melalui ambulans kerana pesakit tak muat masuk ambulans. 
Lalu terpaksa dicari alternatif lain iaitu lori angkut barang. Proses tersebut memakan masa yang lama dan akibatnya pesakit yang sememangnya tak stabil telah terhenti jantungnya sewaktu menunggu.

7. Proses penyembuhan


Proses penyembuhan pesakit obese mengambil masa yang lama. Pengaliran darah yang kurang bagus menyebabkan luka lambat sembuh. Jika terlantar tak bergerak atas katil, nanti kawasan belakang dan punggung pula dapat luka tekanan. 
Pernah seorang pesakit kami sampai berkawah di punggung bersaiz kuali besar. Pembedahannya berjaya, namun dia meninggal dunia akhirnya selepas berbulan-bulan di ICU akibat luka tekanan dijangkiti kuman berulang-ulang.
Foto: cumc
Tak semua orang obese sama; ada yang sihat, ada yang berpenyakit. Bentuk obesiti juga memainkan peranan penting; ada yang besar dibawah, ada yang besar diatas. Mereka yang besar diatas lebih tinggi berisiko penyakit jantung dan metabolik. Faktor senaman juga memainkan peranan penting kepada kesihatan jantung; mereka yang obese tetapi aktif bersukan adalah lebih sihat berbanding orang biasa.

Berusahalah bertukar kepada gaya hidup sihat dan kurangkan berat badan dengan bantuan coach kesihatan. Senaman dan jaga makan dahulu, berat turun secara perlahan tak mengapa. Boleh berjumpa pakar bariatrik juga untuk uruskan berat badan. Usah guna jalan singkat dengan mengambil ubat kurus, ia sangat berbahaya.

Doktor bukan berat hati membuat lebih kerja menguruskan anda pun. Yang kami tak sanggup ialah pesakit mendapat insiden buruk ataupun melayang nyawa sewaktu dirawat, dibius ataupun dibedah.

Jadi, bantulah kami menyelamatkan diri anda.

Hana Hadzrami
Doktor pun lemau juga jika lama tak bersenam

- Siakap Keli



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rEP0Of

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article Dari Beri Ubat Bius Hingga Kepada Proses Pemulihan, Ini Cabaran Yang Perlu Dihadapi Oleh Doktor Dalam Merawat Pesakit Berat Badan Berlebihan

Itulah artikel Dari Beri Ubat Bius Hingga Kepada Proses Pemulihan, Ini Cabaran Yang Perlu Dihadapi Oleh Doktor Dalam Merawat Pesakit Berat Badan Berlebihan Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Dari Beri Ubat Bius Hingga Kepada Proses Pemulihan, Ini Cabaran Yang Perlu Dihadapi Oleh Doktor Dalam Merawat Pesakit Berat Badan Berlebihan dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/dari-beri-ubat-bius-hingga-kepada.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Dari Beri Ubat Bius Hingga Kepada Proses Pemulihan, Ini Cabaran Yang Perlu Dihadapi Oleh Doktor Dalam Merawat Pesakit Berat Badan Berlebihan"

Catat Ulasan

Loading...