Loading...

Data Ekonomi: Berhentilah kelirukan rakyat

Loading...
Data Ekonomi: Berhentilah kelirukan rakyat - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Data Ekonomi: Berhentilah kelirukan rakyat, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Data Ekonomi: Berhentilah kelirukan rakyat
link : Data Ekonomi: Berhentilah kelirukan rakyat

Baca juga


Data Ekonomi: Berhentilah kelirukan rakyat

BERHENTILAH MENGELIRUKAN RAKYAT DENGAN MEMANIPULASI DATA EKONOMI

Kenyataan Media | 09 Jun 2017

Saya berasa lucu apabila membaca kenyataan Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan selaku Menteri Jabatan Perdana Menteri yang begitu yakin bahawa Malaysia boleh menjadi negara maju menjelang tahun 2020. Dengan sekali lagi hanya menggunakan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) sebagai petunjuk ekonomi.

Rahman Dahlan masih tidak serik cuba mengelirukan rakyat dengan memanipulasi data ekonomi semata-mata untuk meningkatkan kepercayaan rakyat terhadap Umno BN yang imejnya kian tercemar dengan budaya pembaziran, rasuah dan tatakelola yang buruk.

Dengan menjaja nama Bank Dunia yang membuat unjuran bahawa pertumbuhan KDNK Malaysia akan berada pada paras 4.3 peratus, angka ini sebenarnya tidak cukup untuk menjadikan Malaysia sebagai negara maju atau negara berpendapatan tinggi.

Mengikut pengiraan atlas, Bank Dunia mendefinisikan negara berpendapatan tinggi iaitu apabila KDNK per kapita (jumlah tahunan KDNK dibahagikan bilangan penduduk Malaysia) mencecah USD 12,475 atau lebih kurang RM53,181. Sedangkan pada tahun 2016, KDNK per kapita Malaysia sekadar mencecah sekitar RM37,104 sahaja.

Dengan suasana ekonomi yang muram, ditambah lagi meningkatnya pengangguran dan inflasi. Negara akan semakin sukar untuk mencapai status negara maju menjelang tahun 2020. Seperkara lagi adalah peningkatan dan kejatuhan kadar matawang ringgit Malaysia yang mempengaruhi pengiraan KDNK.

Amalan boros dan pembaziran kerajaan Umno BN dapat dilihat dalam dasar fiskal yang diamalkan. Acapkali pembentangan bajet tahunan, Kerajaan Persekutuan akan mengusulkan belanjawan defisit iaitu jumlah perbelanjaan akan melebihi pendapatan.

Meskipun Rahman Dahlan menyatakan bahawa jurang defisit semakin menguncup, hakikatnya Malaysia mempunyai pertambahan hutang negara yang semakin tinggi hingga menyebabkan Najib Razak terpaksa mengusulkan belanjawan tambahan.

Kenaikan kos sara hidup, pertumbuhan gaji yang rendah, jurang kaya-miskin yang melebar dan bertambahnya bilangan penerima bantuan kebajikan jelas menunjukkan bahawa data ekonomi yang digemburkan adalah retorik semata-mata untuk mengelirukan rakyat.

Saya sarankan Umno BN untuk berhenti mengelirukan rakyat dengan mengemukakan data-data ekonomi yang kononnya mengandungi angka-angka positif sedangkan rakyat secara realitinya berhadapan dengan suasana yang sukar.

Kerajaan Umno BN seharusnya menggubal polisi ekonomi yang mengutamakan kebajikan rakyat dan bukannya melebihkan poket kroni, kleptokrat dan hartawan yang sekian lama telahpun memiliki kekayaan yang lebih banyak berbanding rakyat kebiasaan.

Dato’ Saifuddin Nasution Ismail
Setiausaha Agung
Parti KEADILAN Rakyat


✍ Sumber Pautan : ☕ mountdweller88

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rW267C

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article Data Ekonomi: Berhentilah kelirukan rakyat

Itulah artikel Data Ekonomi: Berhentilah kelirukan rakyat Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Data Ekonomi: Berhentilah kelirukan rakyat dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/data-ekonomi-berhentilah-kelirukan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Data Ekonomi: Berhentilah kelirukan rakyat"

Catat Ulasan

Loading...