Loading...

Demi Staf, CEO Hyundai Turki Berpuasa Penuh Ramadan

Loading...
Demi Staf, CEO Hyundai Turki Berpuasa Penuh Ramadan - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Demi Staf, CEO Hyundai Turki Berpuasa Penuh Ramadan, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Demi Staf, CEO Hyundai Turki Berpuasa Penuh Ramadan
link : Demi Staf, CEO Hyundai Turki Berpuasa Penuh Ramadan

Baca juga


Demi Staf, CEO Hyundai Turki Berpuasa Penuh Ramadan



ANKARA – Sempena Ramadan, umat Islam kian di seluruh dunia memperbanyakkan ibadah selain menahan lapar dan dahaga pada waktu siang bagi menghayati keindahan bulan mulia ini.

Selain itu, terdapat pelbagai manfaat dari sudut kesihatan hasil amalan berpuasa ini, antaranya bagi mengeluarkan toksin daripada tubuh dan menyihatkan sistem pencernaan dalam anggota badan.

Namun, bukan umat Islam sahaja yang mahu merasai nikmat berpuasa, nampaknya sebilangan masyarakat bukan Islam juga ingin saling menghormati bulan suci ini khasnya di negara majoriti Muslim.

Malah, ada bukan sekadar tidak makan di hadapan rakan Islam yang berpuasa, mereka juga ikut berpuasa selama sebulan! Salah seorang daripadanya adalah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Hyundai Turki.

Menurut media tempatan, Mong Hyun Yoon yang juga Presiden Hyundai Assan Otomotiv San ve Tic. A.Ş, itu sudah pun berpuasa sejak tahun lalu dan tindakannya jelas amat dihargai oleh para pegawainya.

“Sejak tahun lalu, saya sudah mula berpuasa dengan keluarga Hyundai Assan untuk merasakan apa mereka rasakan selama berpuasa,” tulisnya dalam surat terbuka untuk staf yang jadi tular beberapa hari lalu.

“Saya ingin menunjukkan rasa bangga saya terhadap mereka. Betapa kagum saya lihat para pegawai puasa dengan senang hati, tidak menganggap puasa sebagai suatu urusan yang berat,” kata Hyun Yoon.

Ujarnya lagi, melihatkan pekerja tempatan syarikat itu tetap bekerja dengan baik meskipun berpuasa membuatkan beliau berasa simpati terhadap mereka dan belajar memahami orang yang kelaparan di luar sana

“Perkara sebegini adalah pelajaran sangat penting daripada Al-Quran sendiri,” jelasnya yang berpengalaman lebih 30 tahun dengan Hyundai di Korea Selatan dan baru mengetuai syarikat itu di Turki tahun lalu.

Selain ikut berpuasa, Hyun Yoon, 53, yang menyertai Hyundai sejak 1985 itu malah turut memberikan ganjaran kepada kakitangannya yang tetap bekerja keras sepanjang bulan Ramadan waima dalam cuaca panas.

Apa yang pasti, hasil wujudnya sikap toleransi dan prihatin oleh CEO mereka sendiri, semua petugas Muslim nyata semakin dapat melakukan tugas dengan lebih tenang dan berasa gembira tanpa jemu.

Malah, Hyun Yoon memang terkenal dengan sikap bijak dalam menyesuaikan diri sehingga mampu menghafal lagu kebangsaan Turki pada tahun lalu. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA



✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rCnRry

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article Demi Staf, CEO Hyundai Turki Berpuasa Penuh Ramadan

Itulah artikel Demi Staf, CEO Hyundai Turki Berpuasa Penuh Ramadan Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Demi Staf, CEO Hyundai Turki Berpuasa Penuh Ramadan dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/demi-staf-ceo-hyundai-turki-berpuasa.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Demi Staf, CEO Hyundai Turki Berpuasa Penuh Ramadan"

Catat Ulasan

Loading...