Loading...

Dera: 4 mahasiswa Uniten dibebas sambung pengajian minggu depan - Naib Canselor

Loading...
Dera: 4 mahasiswa Uniten dibebas sambung pengajian minggu depan - Naib Canselor - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Dera: 4 mahasiswa Uniten dibebas sambung pengajian minggu depan - Naib Canselor, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Dera: 4 mahasiswa Uniten dibebas sambung pengajian minggu depan - Naib Canselor
link : Dera: 4 mahasiswa Uniten dibebas sambung pengajian minggu depan - Naib Canselor

Baca juga


Dera: 4 mahasiswa Uniten dibebas sambung pengajian minggu depan - Naib Canselor

PUTRAJAYA: Empat mahasiswa Universiti Tenaga Nasional (Uniten) yang dibebaskan kelmarin selepas ditahan polis bagi membantu siasatan kes kematian penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) akan kembali menyambung pengajian mereka minggu depan.

Dalam satu kenyataan yang dimuat naik menerusi laman Facebook universiti, Naib Canselor Uniten Prof Datuk Ir Dr Kamal Nasharuddin Mustapha berkata mahasiswa terbabit telah pulang ke pangkuan keluarga masing-masing dengan selamat.

Polis juga menjelaskan mereka tidak terbabit secara langsung atau tidak langsung dalam kes kematian Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain, katanya.

Empat pelajar terbabit yang ditahan bersama 32 penuntut UPNM bagi membantu siasatan kes kematian Zulfarhan yang dipercayai akibat didera, dibebaskan dengan jaminan polis selepas tempoh reman selama tujuh hari tamat semalam.

Bagaimanapun tempoh reman 32 lagi disambung lima hari sehingga Rabu depan.

Zulfarhan, 21, pelajar kejuruteraan elektrik UPNM, dilapor cedera parah selepas dipercayai ditekap dengan seterika wap, disebat dengan tali pinggang serta didera oleh sekumpulan penuntut universiti berkenaan pada 20 dan 21 Mei lalu sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Serdang kira-kira 10 malam pada 1 Jun selepas dihantar untuk mendapatkan rawatan oleh beberapa rakan.

Mengulas lanjut, Kamal Nasharuddin berkata Uniten melalui Pusat Hal Ehwal Pelajar akan memberi sokongan dan kerjasama sepenuhnya untuk memastikan keempat-empat mahasiwa terbabit dapat menjalani kehidupan di kampus seperti biasa.

Beliau turut meyampaikan penghargaan Uniten kepada mereka yang sentiasa memberi sokongan moral serta mendoakan kesejahteraan mahasiswa terbabit.

Buat keluarga Allahyarham Zulfarhan, warga Uniten mendoakan mereka bersabar dan diberikan kekuatan untuk menghadapi saat yang mencabar ketika ini, katanya.

-- BERNAMA



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2seA2zz

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article Dera: 4 mahasiswa Uniten dibebas sambung pengajian minggu depan - Naib Canselor

Itulah artikel Dera: 4 mahasiswa Uniten dibebas sambung pengajian minggu depan - Naib Canselor Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Dera: 4 mahasiswa Uniten dibebas sambung pengajian minggu depan - Naib Canselor dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/dera-4-mahasiswa-uniten-dibebas-sambung.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Dera: 4 mahasiswa Uniten dibebas sambung pengajian minggu depan - Naib Canselor"

Catat Ulasan

Loading...