Loading...

Dikritik Buat Iklan ‘Kulit Hitam’, Ini Penjelasan Watson

Loading...
Dikritik Buat Iklan ‘Kulit Hitam’, Ini Penjelasan Watson - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Dikritik Buat Iklan ‘Kulit Hitam’, Ini Penjelasan Watson, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Dikritik Buat Iklan ‘Kulit Hitam’, Ini Penjelasan Watson
link : Dikritik Buat Iklan ‘Kulit Hitam’, Ini Penjelasan Watson

Baca juga


Dikritik Buat Iklan ‘Kulit Hitam’, Ini Penjelasan Watson


BAHARU beberapa jam dimuat naik, iklan rangkaian farmasi Watsons sempena Hari Raya Aidilfitri teruk menerima kritikan sehingga terpaksa ditarik balik.

Ini gara-gara iklan berdurasi 15 minit itu menimbulkan rasa kurang senang ramai kerana terdapatnya elemen diskriminasi terhadap warna kulit sekali gus berbaur perkauman.

Susulan itu, pihak Watson tampil memohon maaf menerusi laman sosial rasmi mereka.

Jelas mereka, pihaknya tidak berniat untuk menyinggung perasaan mana-mana pihak menerusi iklan itu.

Menurut kenyataan itu, iklan tersebut adalah mengenai kisah legenda Dayang Senandong, iaitu sebuah cerita rakyat tentang seorang wanita yang “disumpah dengan kulit hitam tetapi dikurniakan suara yang merdu”.

“Kami berpegang teguh pada pendirian kami bahawa sikap bersatu padu dan keadilan memainkan peranan yang penting, dan kami menghormati mereka dari semua negara.

“Video tersebut dirakam bagi merujuk kepada kisah legenda itu serta nilai moral bagi kecantikan dalaman dan bahawa cinta sebenar itu wujud,” tulis kenyataan itu.

Dalam pada itu, ada netizen yang memuji idea iklan raya Watson ini dan menyifatkan tiada isu rasis yang timbul dalam iklan tersebut.

“Saya sebenarnya suka iklan ini, sangat lucu! Watak Thailand Nang Nak adalah klasik. Saya pelik kenapa orang anggap video ini rasis. Jika anda tonton dengan hati terbuka, anda tidak berkecil hati.

“Siapa yang merasakan wajah hitam Harum Senandung dalam iklan ini adalah sesuatu yang biadab, anda yang tentukan. Tonton dengan hati terbuka,” ujar Vik Warren.

Dalam jalan cerita iklan itu, seorang saudagar kaya lakonan Kamal Adli mengadakan pertandingan khas untuk mencari gadis bersuara merdu dalam mimpinya.

Perbagai gadis hadir untuk mencuba nasib seperti Bawang Besar, Bawang Kecil, Puteri Mayang Mengurai, Puteri Hang Po Po, Laila Majmuk dan beberapa watak lain yang diambil seakan-akan watak cerita legenda.

Bagaimanapun, saudagar kaya terpikat dengan suara seorang gadis berkulit gelap bernama Harum Senandung dan tetap mahu mengahwininya.

Tetapi, gadis itu sebenarnya sengaja menghitamkana wajahnya untuk menguji saudagar tersebut.

Selain Kamal, artis yang terlibat dalam iklan ini ialah Ruhainies, Uqasha Senrose, Raja Ilya, Sasha Saidin, Thanuja, Bell Ngasri dan Amber Chia.

Iklan ini penuh dengan unsur humor malahan cantik setting pemandangannya memandangkan berada pada era dahulu kala. – MYNEWSHUB.CC



Thus Article Dikritik Buat Iklan ‘Kulit Hitam’, Ini Penjelasan Watson

Itulah artikel Dikritik Buat Iklan ‘Kulit Hitam’, Ini Penjelasan Watson Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Dikritik Buat Iklan ‘Kulit Hitam’, Ini Penjelasan Watson dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/dikritik-buat-iklan-kulit-hitam-ini_8.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Dikritik Buat Iklan ‘Kulit Hitam’, Ini Penjelasan Watson"

Catat Ulasan

Loading...