Loading...

DOJ dakwa Low beli lebih AS$1b hartanah dengan wang 1MDB

Loading...
DOJ dakwa Low beli lebih AS$1b hartanah dengan wang 1MDB - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk DOJ dakwa Low beli lebih AS$1b hartanah dengan wang 1MDB, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : DOJ dakwa Low beli lebih AS$1b hartanah dengan wang 1MDB
link : DOJ dakwa Low beli lebih AS$1b hartanah dengan wang 1MDB

Baca juga


DOJ dakwa Low beli lebih AS$1b hartanah dengan wang 1MDB

MALAYSIAKINI


Ahli perniagaan kelahiran Pulau Pinang Jho Low memegang pasport Malaysia dan pasport untuk St Kitts dan Nevis di kepulauan West Indies, yang melanggar Perlembagaan Persekutuan yang tidak mengiktiraf dua kerakyatan.

Ini terkandung dalam saman ketiga Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) berkenaan 1MDB untuk merampas AS$540 juta lagi aset yang berkaitan dengan apa yang jabatan itu dakwa sebagai "konspirasi antarabangsa untuk mencuci dana yang disalahgunakan dari sebuah 'sovereign wealth fund' Malaysia".

Ini menjadikan jumlah tuntutan pelucuthakan yang dibuat oleh DOJ dalam kes ini meningkat kepada AS$1.7 bilion.

DOJ mendakwa Low telah menandatangani sepucuk surat dengan kepala surat firmanya Good Star Ltd untuk memudahkan pemindahan satu dana pada 19 Mac 2010.

Tanda tangan itu "sama dengan yang Low gunakan pada pasport Malaysia, Kitts dan Nevis," katanya.
St Kitts membenarkan warga asing mendapatkan kewarganegaraan sebagai balasan untuk pelaburan hartanah sekurang-kurangnya AS$400,000 atau satu sumbangan sekurang-kurangnya AS$250,000 kepada dana kepelbagaian industri gula di negeri ini.

Menurut pemfailan ketiga yang dibuat semalam, DOJ mendakwa Low mengumpulkan lebih AS1 bilion dalam hartanah menggunakan dana yang didakwa dialihkan daripada 1MDB. Ia termasuk:
- Time Warner Penthouse, New York (AS$30.55 juta);
- Oriole Mansion, Beverly Hills (AS$390.98 juta);
- unit Greene Condominium, New York (AS$13.8 juta);
- Hotel mewah L'Ermitage , Beverly Hills (AS$44.8 juta);
- Hillcrest Road mansion, Beverly Hills (AS$17.5 juta);
- Park Laurel condominium, New York (AS$23.98 juta);
- Qentas Townhouse, Belgavria, London (17 juta pound);
- Stratton penthouse dan flat Stratton, London (35 juta pound);
- Pejabat Stratton, London (42 juta pound); dan
- kepentingan dalam Hotel Park Lane, New York melalui perkongsian (jumlah harga pembelian AS$654 juta).



Thus Article DOJ dakwa Low beli lebih AS$1b hartanah dengan wang 1MDB

Itulah artikel DOJ dakwa Low beli lebih AS$1b hartanah dengan wang 1MDB Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel DOJ dakwa Low beli lebih AS$1b hartanah dengan wang 1MDB dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/doj-dakwa-low-beli-lebih-as1b-hartanah.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "DOJ dakwa Low beli lebih AS$1b hartanah dengan wang 1MDB"

Catat Ulasan

Loading...