Loading...
Tajuk : DOJ Dicabar Dedah Pengadu Isu 1MDB
link : DOJ Dicabar Dedah Pengadu Isu 1MDB
DOJ Dicabar Dedah Pengadu Isu 1MDB
KUALA LUMPUR : Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat (AS) dicabar supaya mendedahkan pengadu yang membuat dakwaan tidak berasas berhubung penyelewengan membabitkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Penolong Setiausaha Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Fahariyah Md Nordin berkata, Malaysia tidak memerlukan campur tangan asing termasuk DOJ dalam mengurus tadbir negara kerana kita sentiasa mengamalkan dasar menghormati prinsip dan perlembagaan mana-mana negara sebagaimana dilaksanakan dan dipraktikkan ketika ini.
"Bagi saya ini adalah sikap terdesak pihak tertentu yang amat 'desperado' bagi merosakkan imej kepimpinan negara," katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan di sini, hari ini.
Fahariyah yang juga Ahli Dewan Negara berkata, dakwaan terbaharu DOJ berhubung 1MDB adalah tidak berasaskan fakta dan tidak dibuktikan di mahkamah terlebih dulu.
Katanya, reputasi DOJ terus terjejas dan menjadi bahan jenaka di persada dunia apabila mahu mendapatkan semula aset yang didakwa diselewengkan daripada 1MDB.
"Malaysia melalui Jawatankuasa Kira-Kira Awam (PAC) sudahpun menjalankan siasatan terperinci dan tidak menemui sebarang bukti dana diseleweng 1MDB sepertimana didakwa DoJ.
"Kenyataan menghasut dari DOJ ini terus dikeluarkan tanpa sebarang asas dan bukti yang kukuh bagi mempengaruhi orang ramai khususnya rakyat yang mudah mempercayai sesuatu tanpa diselidik terlebih dulu," katanya.
Beliau berkata, kenyataan DOJ tanpa usul periksa itu juga sekali gus dijadikan modal individu dan pihak tertentu demi kepentingan peribadi dan agenda tertentu untuk mencemarkan imej Malaysia dan pentadbiran negara.
"Saya percaya tindakan DOJ ini didorong atau dihasut pihak tertentu yang cemburu dengan keamanan dan kemakmuran dikecapi negara," katanya. - BHOnline
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rGa5ZS
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article DOJ Dicabar Dedah Pengadu Isu 1MDB
Itulah artikel DOJ Dicabar Dedah Pengadu Isu 1MDB Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel DOJ Dicabar Dedah Pengadu Isu 1MDB dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/doj-dicabar-dedah-pengadu-isu-1mdb.html
0 Response to "DOJ Dicabar Dedah Pengadu Isu 1MDB"
Catat Ulasan