Loading...

DRB HICOM-Geely Pacu Proton Menuju Kejayaan

Loading...
DRB HICOM-Geely Pacu Proton Menuju Kejayaan - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk DRB HICOM-Geely Pacu Proton Menuju Kejayaan, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : DRB HICOM-Geely Pacu Proton Menuju Kejayaan
link : DRB HICOM-Geely Pacu Proton Menuju Kejayaan

Baca juga


DRB HICOM-Geely Pacu Proton Menuju Kejayaan

KUALA LUMPUR – Perkongsian antara DRB-HICOM Bhd dan Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd, yang bakal menyaksikan Proton menjadi hab pengeluaran global model kereta pemanduan kanan Geely, akan membawa pembuat kereta nasional itu ke tahap kejayaan dan masa depan yang terjamin, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Proton sudah menemui rakan yang paling sesuai.

“Dengan memanfaatkan teknologi dan kepakaran Geely, Proton kini sudah bersedia untuk menghadapi cabaran mendatang,” katanya pada majlis pemeterian perjanjian definitif antara DRB-Hicom dan Zhejiang Geely di sini hari ini.

Najib yang menyuarakan keyakinan beliau itu, berkata Proton akan mempunyai keupayaan dan sumber untuk pemulihan dan menjadi contoh kejayaan Malaysia, tanpa memerlukan bantuan daripada kerajaan.

Beliau yakin menerusi perkongsian dengan Geely, syarikat yang mempunyai kelayakan, kepimpinan yang komited dan rekod yang sudah terbukti, Proton dapat meluaskan kehadirannya dalam pasaran ASEAN.

Sebelum itu, Pengarah Urusan DRB Hicom Datuk Seri Syed Faisal Albar mengumumkan perjanjian dengan Geely membabitkan kerjasama dalam tujuh bidang strategik.

Ini termasuk Proton akan diberikan hak eksklusif ke atas produk dan teknologi terkini Geely di rantau ini, serta akses melepasi pasaran Asia Tenggara dan China, katanya.

Syed Faisal juga berkata Geely akan menjadikan operasi penyelidikan dan pembangunan milik Proton sebagai pusat kecemerlangan mereka di ASEAN, melengkapkan pelbagai tapak yang sudah mempunyai operasi mereka di seluruh dunia, katanya.

Malaysia juga akan menjadi hab kereta pemanduan kanan Geely di rantau ini, membolehkan kapasiti kilang moden di Tanjung Malim digunakan sepenuhya, dan mewujudkan peluang baharu pekerjaan untuk penduduk tempatan dan luar negara, katanya.

“Kilang Proton di Tanjung Malim diberikan peluang untuk memasang kereta Volvo jika ada kapasiti,” katanya.

Geely memiliki Volvo sejak 2010. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2swXfvv

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




Thus Article DRB HICOM-Geely Pacu Proton Menuju Kejayaan

Itulah artikel DRB HICOM-Geely Pacu Proton Menuju Kejayaan Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel DRB HICOM-Geely Pacu Proton Menuju Kejayaan dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/drb-hicom-geely-pacu-proton-menuju.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "DRB HICOM-Geely Pacu Proton Menuju Kejayaan"

Catat Ulasan

Loading...