Loading...

Dua Beradik Yatim Piatu Beraya Di Hospital

Loading...
Dua Beradik Yatim Piatu Beraya Di Hospital - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Dua Beradik Yatim Piatu Beraya Di Hospital, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Dua Beradik Yatim Piatu Beraya Di Hospital
link : Dua Beradik Yatim Piatu Beraya Di Hospital

Baca juga


Dua Beradik Yatim Piatu Beraya Di Hospital

GEORGE TOWN – Sambutan Aidilfitri kali ini sudah hilang serinya bagi dua beradik Khairiyah Alissya Khosim, 10 dan Khaira Amni, 18 bulan yang kehilangan ibu bapa dalam nahas jalan raya di Km 155, Lebuhraya Utara-Selatan dekat Sungai Bakap pada 28 April lalu.

Lebih mengharukan mereka juga terpaksa beraya di Hospital Pulau Pinang (HPP) kerana masih menerima rawatan akibat kecederaan yang dialami dalam nahas itu.

Khairiyah Alissya mengalami patah kedua-dua belah kaki serta melecur teruk dan akan menjalani pembedahan ketujuh Jumaat ini, manakala adiknya yang baru sahaja belajar berjalan kehilangan semua jari kaki kanan yang terpaksa dipotong selepas mengalami gangren selain melecur pada kulit betis.

Khairiyah Alissya, murid tahun empat Sekolah Kebangsaan Puncak Perdana, Shah Alam, Selangor berkata dia akan merindui peluang berpakaian sedondon bersama ibu Khairunnisa Ahmad Kamalauddin, 29 dan ayahnya Khosim Ismail, 35 pada setiap kali raya.

“Tahun lepas kami sekeluarga ada dua pasang baju warna sama, tapi tahun ini saya dan adik beraya di hospital dengan nenek, atuk serta ibu dan bapa saudara kerana kaki masih belum sembuh, ” katanya kepada pemberita di HPP di sini, hari ini.

Terdahulu dua beradik itu diziarahi Mufti Pulau Pinang Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd Noor dan kakitangan pejabat mufti yang menyampaikan hamper serta duit raya kepada mereka.

Sementara itu nenek mereka Ashah Arifin, 53 berkata Khairiyah Alissya sering bertanya tentang nasib dia dan adiknya selepas ini selain selalu menangis kerana teringatkan arwah ibu bapanya.

“Setiap kali dia menangis, saya akan peluk dan tenangkan dia dan dalam masa yang sama memberi kata-kata semangat supaya Khairiyah kuat terutama bagi menjalani rawatan lanjut,” katanya.

Ashah berkata dia juga belum membuat sebarang persiapan menyambut Aidilfitri kerana perlu menjaga dua beradik berkenaan di hospital itu sejak dua bulan lepas dan berharap kedua cucunya dapat dipindahkan ke hospital di Jengka, Pahang kerana dia tinggal di sana.

“Allahyarham Khosim pernah berpesan dengan adiknya, Hanisah, 22, seminggu sebelum kejadian iaitu jika dia tiada nanti jagalah anak-anaknya dengan baik. Saya dan suami (Ismail Cha, 57) akan menjaga mereka berdua hingga akhir hayat kami,” katanya.

Orang ramai yang berhasrat menghulurkan sumbangan boleh melakukannya menerusi akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) 1420541000049167 atas nama Ashah Ariffin atau akaun Maybank Ismail Cha 156208001491. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2s3Qdzt

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article Dua Beradik Yatim Piatu Beraya Di Hospital

Itulah artikel Dua Beradik Yatim Piatu Beraya Di Hospital Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Dua Beradik Yatim Piatu Beraya Di Hospital dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/dua-beradik-yatim-piatu-beraya-di.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Dua Beradik Yatim Piatu Beraya Di Hospital"

Catat Ulasan

Loading...