Loading...

Empat Lagi Suspek Kes Buli Remaja Ditahan

Loading...
Empat Lagi Suspek Kes Buli Remaja Ditahan - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Empat Lagi Suspek Kes Buli Remaja Ditahan, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Empat Lagi Suspek Kes Buli Remaja Ditahan
link : Empat Lagi Suspek Kes Buli Remaja Ditahan

Baca juga


Empat Lagi Suspek Kes Buli Remaja Ditahan


GEORGETOWN – Polis menahan empat lagi lelaki bagi membantu siasatan kes seorang remaja yang dipercayai dibuli dan dipukul sehingga cedera parah oleh sekumpulan lelaki di Jalan Kaki Bukit di sini, awal pagi Sabtu.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Anuar Omar berkata empat lelaki berusia 17 hingga 18 tahun termasuk dua pelajar tingkatan lima itu ditahan secara berasingan di sekitar negeri ini semalam.

Beliau berkata sebelum ini seorang lelaki ditahan pada Sabtu dan semasa siasatan awal, suspek mengaku terlibat dalam kejadian itu.

“Saya percaya polis dapat menyelesaikan kes itu secepat mungkin dan siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya di sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 2.10 pagi itu, dua mangsa berusia 18 dan 19 tahun sedang membeli burger sebelum terserempak dua lelaki dikenali mereka dan berlaku ejek mengejek yang berlarutan sehingga suspek menelefon enam lagi rakan.

Dua mangsa itu dipercayai dipukul menggunakan topi keledar serta ditumbuk dan ditendang oleh kumpulan berkenaan sebelum remaja berusia 19 tahun berjaya menyelamatkan diri dan memaklumkan kejadian tersebut kepada bapa saudaranya.

Anuar berkata mangsa berusia 18 tahun yang mengalami cedera parah masih dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP) dan masih belum sedarkan diri serta dilaporkan dalam keadaan kritikal.

Katanya berdasarkan pemeriksaan doktor pakar, terdapat kesan kecederaan pada dubur mangsa seperti dimasukkan objek tumpul dan sedikit kesan terbakar di belakang badan remaja lelaki itu.

Beliau berkata berdasarkan siasatan juga mendapati dua mangsa itu selalu menjadi mangsa buli semasa di sekolah oleh suspek-suspek yang juga rakan sekolah mereka.

“Empat remaja yang ditahan itu kini direman selama empat hari bagi membantu siasatan dan kes berkenaan disiasat menurut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh,” katanya.

Sementara itu bapa saudara mangsa R.Thiyagarajan, 50, memberitahu pemberita di sini hari ini mereka sekeluarga menggesa agar pihak berkuasa menyelesaikan segera kes itu agar pembuli mendapat hukuman setimpal kerana anak saudaranya yang parah masih belum sedarkan diri dan masih dirawat di Unit Rawatan Rapi HPP. – BERNAMA


Thus Article Empat Lagi Suspek Kes Buli Remaja Ditahan

Itulah artikel Empat Lagi Suspek Kes Buli Remaja Ditahan Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Empat Lagi Suspek Kes Buli Remaja Ditahan dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/empat-lagi-suspek-kes-buli-remaja_12.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Empat Lagi Suspek Kes Buli Remaja Ditahan"

Catat Ulasan

Loading...