Loading...

ENGGAN JADI PM GIMIK POLITIK ANWAR

Loading...
ENGGAN JADI PM GIMIK POLITIK ANWAR - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk ENGGAN JADI PM GIMIK POLITIK ANWAR, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : ENGGAN JADI PM GIMIK POLITIK ANWAR
link : ENGGAN JADI PM GIMIK POLITIK ANWAR

Baca juga


ENGGAN JADI PM GIMIK POLITIK ANWAR

IPOH – Tindakan bekas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak jawatan perdana menteri sekiranya pakatan pembangkang memenangi PRU14 hanya gimik politik untuk meraih sokongan peribadi.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman semasa menegaskan perkara itu berkata, pendekatan Anwar itu tidak akan berjaya memandangkan pembangkang  ketika ini berdepan dengan perpecahan dalam kalangan mereka.

“Perpecahan itu ditambah dengan penolakan Pas terhadap ajakan Pakatan Harapan untuk menganggotai gabungan tersebut.  Dulu DAP dan PKR kuat pun disebabkan sokongan Pas, sekarang berlaku sebaliknya.  Saya nak tanya, kalau keadaan ini (perpecahan) berterusan adakah mereka akan menang?

“Kita tak perlu percaya kepada apa yang diperkatakan Anwar. Dia sebenarnya hanya nak tutup perpecahan yang berlaku dalam pembangkang dan mahu mereka fokus pada PRU14,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penutupan Aura Ramadan di sini, malam tadi.
Beberapa hari lalu, beberapa portal berita melaporkan Anwar yang kini menjalani hukuman penjara lima tahun sejak 2015  memutuskan untuk tidak menawarkan diri sebagai perdana menteri atas alasan mahu memberi tumpuan kepada PRU14.

Dalam perkembangan lain, Tajuddin berkata, Kolej Taj dan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) akan bekerjasama  bagi memberi peluang kepada pelajar luar bandar untuk melanjutkan pelajaran ke kolej tersebut.

“Setakat ini, kami sedang dalam proses terakhir untuk memuktamadkan kerjasama antara pentadbiran kolej dan Nafas.

“Sekiranya berhasil, ia akan memberi peluang kepada anak petani, nelayan, peladang, penternak selain yang tinggal di luar bandar dapat melanjutkan pelajaran ke kolej ini,” katanya.

– Bernama

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tLFxlP

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




Thus Article ENGGAN JADI PM GIMIK POLITIK ANWAR

Itulah artikel ENGGAN JADI PM GIMIK POLITIK ANWAR Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel ENGGAN JADI PM GIMIK POLITIK ANWAR dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/enggan-jadi-pm-gimik-politik-anwar_20.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "ENGGAN JADI PM GIMIK POLITIK ANWAR"

Catat Ulasan

Loading...