Loading...

FPDA Platform Hadapi Ancaman Keganasan Di Asia

Loading...
FPDA Platform Hadapi Ancaman Keganasan Di Asia - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk FPDA Platform Hadapi Ancaman Keganasan Di Asia, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : FPDA Platform Hadapi Ancaman Keganasan Di Asia
link : FPDA Platform Hadapi Ancaman Keganasan Di Asia

Baca juga


FPDA Platform Hadapi Ancaman Keganasan Di Asia

SINGAPURA – Perjanjian Pertahanan Lima Negara (FPDA) akan menjadi satu lagi platform penting untuk menghadapi ancaman keganasan, ekstremisme dan militan di rantau Asia, kata Menteri Pertahanan Malaysia Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

“FPDA bukan sahaja platform yang memiliki dimensi sejarah, tetapi juga kepercayaan dalam kalangan lima negara ini untuk menghadapi apa jua cabaran yang melanda dunia hari ini.

“Dengan mempunyai komitmen ini, FPDA akan menjadi lebih penting daripada sebelumnya. Kami memang berazam untuk melakukannya,” kata beliau pada sidang akhbar selepas Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan FPDA ke-10 di sini hari ini.

Ditubuhkan pada 1971, FPDA disifatkan sebagai kerjasama ketenteraan kedua terbesar di dunia dan dianggotai Britain, Australia, New Zealand, Singapura serta Malaysia.

Seperti yang dipersetujui di bawah aturan pertahanan bersama itu, kelima-lima anggota FPDA perlu berunding antara satu sama lain jika berlaku pencerobohan atau ancaman dari pihak luar terhadap Malaysia atau Singapura.

Hishammuddin berkata rancangan FPDA adalah selaras dengan pendirian kesemua 10 negara anggota ASEAN, yang berikrar untuk memerangi ancaman Daesh di rantau ini dua tahun lepas.

“Kini, kami melihat kepada platform FPDA pula kerana jika kami tidak berbuat sesuatu dan mereka (Daesh) bertapak di rantau ini, ia akan menjejaskan negara yang menganggotai platform ini, dan malah, perkumpulan ini juga.

“Ia adalah perkara baharu dalam mesyuarat kami kali ini. Tiada sebarang keraguan mengenainya. Kami begitu berazam untuk menangani mereka (Daesh),” kata beliau dan menambah bahawa peristiwa yang berlaku di rantau ini seperti di Marawi, Jakarta, Bangkok dan Malaysia adalah perkara yang diputuskan akan ditangani FPDA,” katanya.

Hishammuddin berkata di samping inisiatif ketenteraan melalui FPDA, usaha untuk “memenangi hati dan minda” melalui media sosial juga merupakan satu lagi platform bagi menentang naratif daripada kumpulan manusia “tidak bertanggungjawab dan jahat”, yang mempunyai agenda tersendiri.

Dalam hubungan ini, beliau mengambil contoh tentang penubuhan Pusat Keamanan Antarabangsa Raja Salman (KSCIP) di Kuala Lumpur yang memulakan operasinya pada 30 Mei baru-baru ini.

Katanya, KSCIP akan dihubungkan dengan Pusat Bagi Memerangi Ideologi Ekstremis Global yang dilancarkan baru-baru ini di Riyadh, di mana Malaysia mempunyai kepentingan di dalamnya.

Hishammuddin percaya ia merupakan langkah berkesan untuk menentang keganasan melalui kaedah memenangi hati dan minda orang ramai, ‘soft power’ (kuasa pujukan) dan membalas naratif, bukan hanya melalui inisiatif ketenteraan semata-mata.

Dihoskan Menteri Pertahanan Singapura Dr Ng Eng Hen, mesyurat itu turut dihadiri Menteri Pertahanan Australia Marise Payne, Menteri Pertahanan New Zealand Mark Mitchell dan Pesuruhjaya Tinggi Britain di Singapura Scott Wightman.

FPDA, antara lain bersetuju memperkemaskan lagi program pemerhati bagi negara bukan anggota FPDA di rantau ini dalam semangat untuk meningkatkan ketelusan pakatan lima negara itu.

Mesyuarat FPDA diadakan setiap tiga tahun, dengan Singapura dan Malaysia menjadi tuan rumah secara bergilir. – BERNAMA

Loading...




✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qNkI7R

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article FPDA Platform Hadapi Ancaman Keganasan Di Asia

Itulah artikel FPDA Platform Hadapi Ancaman Keganasan Di Asia Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel FPDA Platform Hadapi Ancaman Keganasan Di Asia dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/fpda-platform-hadapi-ancaman-keganasan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "FPDA Platform Hadapi Ancaman Keganasan Di Asia"

Catat Ulasan

Loading...