Loading...

Galak Pelajar Dapatkan Pemeriksaan Agar Bebas Masalah Mental

Loading...
Galak Pelajar Dapatkan Pemeriksaan Agar Bebas Masalah Mental - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Galak Pelajar Dapatkan Pemeriksaan Agar Bebas Masalah Mental, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Galak Pelajar Dapatkan Pemeriksaan Agar Bebas Masalah Mental
link : Galak Pelajar Dapatkan Pemeriksaan Agar Bebas Masalah Mental

Baca juga


Galak Pelajar Dapatkan Pemeriksaan Agar Bebas Masalah Mental

Galak Pelajar Dapatkan Pemeriksaan Agar Bebas Masalah Mental

Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan pada tahun 2015 menunjukkan kira-kira 4.2 juta rakyat Malaysia berumur 16 tahun ke atas mengalami pelbagai masalah mental. (Gambar: psychologytoday.com)

Saban tahun pelbagai kes buli dilaporkan media berlaku membabitkan masyarakat kita sendiri.Kes paling mendapat perhatian ramai kebelakangan ini adalah kematian seorang Pegawai Kadet Laut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Zulfarhan Osman Zulkarnain, 21, yang meninggal dunia pada 2 Jun lalu dipercayai akibat dibuli mahasiswa lain.

Mengikut laporan media, mangsa dipercayai dipukul dengan kejam menggunakan tali pinggang, getah paip dan penyangkut baju sebelum anggota badannya ditekap seterika wap.

Kejadian buli juga berlaku pada 18 Mei lalu membabitkan beberapa pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Parit, Perak berusia antara 15 dan 16 tahun membuli dan membelasah enam pelajar berusia 14 tahun di institusi pendidikan berkenaan.

Terbaru pada Sabtu lalu, seorang pelajar berusia 18 tahun pula didakwa dibuli dan diliwat sekumpulan remaja di di Jalan Kaki Bukit, Bukit Gelugor, Pulau Pinang.
 

EMPAT FAKTOR UTAMA AKTIVITI BULI DAN KEGANASAN

Naib Pengerusi Kanan, Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye berkata, keganasan dalam kalangan pelajar amat membimbangkan dan perlu diberi perhatian oleh pihak berkuasa dan masyarakat.

Beliau menyenaraikan empat faktor yang boleh menyebabkan pelajar terlibat dalam gejala buli dan keganasan iaitu pengaruh rakan sebaya, kurang bimbingan ibu bapa, pengaruh buruk Internet dan penularan budaya samseng.

Justeru, beliau berpandangan kerajaan perlu bekerjasama dengan pihak berkepentingan lain termasuk ibu bapa, ahli psikologi dan badan bukan kerajaan (NGO) untuk mencari punca pelajar berkelakuan ganas dan tidak menghormati undang-undang.

"Saya percaya kita perlu menangani budaya keganasan ini kerana ia sudah mulai bertapak di institusi-intitusi pendidikan kita," katanya dalam satu kenyataan media baru-baru ini.

Guru dan kaunselor perlu mengenal pasti pelajar yang cenderung melakukan keganasan agar melaksanakan program kaunseling secara intensif.

RAMAI RAKYAT MALAYSIA SAKIT MENTAL

Mengulas lanjut, Lam Thye menyatakan Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan pada tahun 2015 menunjukkan kira-kira 4.2 juta rakyat Malaysia berumur 16 tahun ke atas mengalami pelbagai masalah mental.

Jumlah itu membimbangkan kerana ia menunjukkan peningkatan sebanyak 11.2 peratus berbanding tahun 2006 dan nisbah pelajar menghadapi masalah mental meningkat daripada satu dalam 10 orang pada tahun 2011 kepada satu dalam lima individu pada 2016.

Tambahnya, kegusaran dan kemurungan antara punca utama masalah kesihatan mental selain faktor masalah keluarga, buli secara fizikal dan siber serta tekanan yang datang daripada ibu bapa dan guru berkaitan pelajaran.

Justeru, ibu bapa dan guru perlu menggalakkan pelajar mendapatkan pemeriksaan di hospital bagi memastikan mereka bebas daripada masalah kesihatan mental yang dijangka menjadi masalah kesihatan kedua terbesar di negara ini selepas penyakit jantung pada tahun 2020.

"Kementerian Pendidikan dengan bantuan guru dan kaunselor perlu mengenal pasti pelajar yang cenderung melakukan keganasan dan melaksanakan program kaunseling intensif supaya mereka tidak mencederakan orang lain atau diri sendiri.

"Kawasan perumahan dan rumah pangsa yang sempit dan sesak juga akan menggalakkan golongan muda untuk melibatkan diri dalam aktiviti negatif seperti melepak, penyalahgunaan dadah dan keganasan," katanya.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ru8lCK

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article Galak Pelajar Dapatkan Pemeriksaan Agar Bebas Masalah Mental

Itulah artikel Galak Pelajar Dapatkan Pemeriksaan Agar Bebas Masalah Mental Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Galak Pelajar Dapatkan Pemeriksaan Agar Bebas Masalah Mental dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/galak-pelajar-dapatkan-pemeriksaan-agar.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Galak Pelajar Dapatkan Pemeriksaan Agar Bebas Masalah Mental"

Catat Ulasan

Loading...