Loading...

Geng samun pusat hiburan dan kedai serbaneka ditahan

Loading...
Geng samun pusat hiburan dan kedai serbaneka ditahan - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Geng samun pusat hiburan dan kedai serbaneka ditahan, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Geng samun pusat hiburan dan kedai serbaneka ditahan
link : Geng samun pusat hiburan dan kedai serbaneka ditahan

Baca juga


Geng samun pusat hiburan dan kedai serbaneka ditahan

BUTTERWORTH: Tiga anggota geng samun termasuk seorang wanita yang dipercayai aktif menjalankan kegiatan merompak pusat hiburan dan kedai serbaneka 24 jam berjaya ditahan polis dalam serbuan di Butterworth, pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata tiga individu termasuk pasangan kekasih berusia 23 hingga 44 tahun itu ditahan pukul 10.30 malam dan polis turut merampas wang tunai dipercayai hasil samun.

"Berdasarkan siasatan, geng itu terlibat banyak kes samun di SPT sejak awal tahun ini dan terbaharu mereka menyamun sebuah pusat hiburan dan kedai serbaneka di Bagan Ajam Khamis lepas.

"Susulan kejadian itu, polis berjaya mengesan mereka dan merampas enam buah telefon bimbit serta wang tunai sebanyak RM3,428 dipercayai hasil samun geng berkenaan," katanya di sini hari ini.

Katanya geng itu dipercayai hidup mewah dan berpindah randah di beberapa negeri dengan menjalankan kegiatan samun menggunakan parang serta pisau untuk menakutkan mangsa.

Nik Ros Azhan berkata dua lelaki yang ditahan itu mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah serta mereka bertiga turut positif dadah.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Anuar Omar berkata polis sedang mengesan lima lelaki berusia 18 hingga 25 tahun dipercayai terlibat dalam kes dua remaja cedera parah dipukul kumpulan berkenaan dalam kejadian di Jalan Kaki Bukit di sini, awal pagi semalam

"Dalam kejadian pukul 2.10 pagi itu, dua mangsa berusia 18 dan 19 tahun sedang membeli burger sebelum terserempak dua lelaki dikenali mereka dan berlaku ejek mengejek berlarutan sehingga suspek menelefon enam lagi rakan," katanya.

Beliau berkata dua mangsa itu dipukul menggunakan topi keledar serta ditumbuk dan ditendang oleh kumpulan itu sebelum remaja berusia 19 tahun berjaya menyelamatkan diri dan memaklumkan kejadian tersebut kepada bapa saudaranya.

"Seorang lagi mangsa telah dibawa menaiki motosikal suspek ke kawasan padang berdekatan dan dipukul kumpulan itu hingga mengalami kecederaan parah. Dia dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) oleh orang awam dan dilaporkan dalam keadaan kritikal," katanya.

Katanya ekoran kejadian itu, polis melancarkan operasi dan berjaya menahan seorang daripada mereka berusia 18 tahun di Jelutong dan memburu lima lagi suspek yang telah dikenal pasti untuk siasatan lanjut.

-- BERNAMA



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rjbX5I

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article Geng samun pusat hiburan dan kedai serbaneka ditahan

Itulah artikel Geng samun pusat hiburan dan kedai serbaneka ditahan Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Geng samun pusat hiburan dan kedai serbaneka ditahan dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/geng-samun-pusat-hiburan-dan-kedai.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Geng samun pusat hiburan dan kedai serbaneka ditahan"

Catat Ulasan

Loading...