Tajuk : Google Malaysia anjur pertandingan Doodle 4 Google
link : Google Malaysia anjur pertandingan Doodle 4 Google
Google Malaysia anjur pertandingan Doodle 4 Google
Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar sekolah rendah, menengah menerusi empat kategori utama untuk peserta berusia dari tujuh 17 tahun.
Pertandingan ini dianjurkan bertujuan untuk membolehkan pelajar sekolah di negara ini untuk mempamerkan kreativiti, keseronokan dan keaslian dengan menghantar rekaan Doodle yang menarik dan unik.
Bertemakan "Menyambut Kepelbagaian Malaysia" karya pemenang Doodle terbaik akan dipaparkan di google.com.my pada 16 September ini bersempena sambutan Hari Malaysia.
Pengarah Urusan Google Malaysia, Vietnam dan Filipina, Sajith Sivanandan berkata pertandingan ini diadakan bagi membolehkan pelajar merai kepelbagaian di Malaysia."Apa yang kita lakukan ialah menggalakkan enam juta pelajar sekolah di Malaysia untuk menjadi lebih kreatif seterusnya memahami kepelbagaian di Malaysia tetapi mereka perlu menghasilkan logo Google dengan kreatif" katanya.
Sivanandan ditemui di ibu pejabat Google semasa pelancaran Doodle 4 Google #d4gmy di ibu negara, hari ini.
Penganjuran pertandingan ini buat kali keduanya di Malaysia diadakan kerana pihaknya hanya memilih hari-hari yang penting bagi mengadakan pertandingan seperti ini, tambahnya.
"Kami turut mengadakan pertandingan ini di negara-negara lain tetapi ia bukanlah diadakan setiap tahun kerana kami hanya memilih hari atau peristiwa-peristiwa yang penting sahaja."
Doodle ialah perubahan tematik yang dibuat pada logo Google dan ia dibuat khusus untuk menyambut peristiwa-peristiwa penting dan hari-hari bersejarah.
Sebelum ini, penghargaan diberi kepada seniman agung, Tan Sri P Ramlee untuk memperingati hari kelahiran beliau pada 22 Mac, 2017 lalu.
Kebiasaannya, rekaan Doodle ini direka secara eksklusif oleh kumpulan Doodle Google sendiri tetapi kali ini Google membuka peluang kepada pelajar-pelajar sekolah menonjolkan kebolehan dan bakat mereka.
Borang penyertaan boleh dimuat turun di http://ift.tt/2qCOOzG.
Pertandingan bermula hari ini dan berakhir pada 31 Julai, 2017.
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sqSGjt
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Google Malaysia anjur pertandingan Doodle 4 Google
Anda sedang baca artikel Google Malaysia anjur pertandingan Doodle 4 Google dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/google-malaysia-anjur-pertandingan.html
0 Response to "Google Malaysia anjur pertandingan Doodle 4 Google"
Catat Ulasan