Loading...
Tajuk : Grab Helikopter Pula Diperkenal Di Indonesia
link : Grab Helikopter Pula Diperkenal Di Indonesia
Grab Helikopter Pula Diperkenal Di Indonesia
Daripada Grab motosikal, yang terbaharu diperkenal di Indonesia adalah Grab helikopter bagi mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di kota mertopolitan tersebut.
Syarikat yang beroperasi di Asia Tenggara itu menjalankan percubaan perkhidmatan terbaharunya di Jakarta yang dikenali sebagai GrabHeli.
GrabHeli menawarkan perkhidmatan sebagai alternatif kepada kira-kira 10 juta penduduk Jakarta yang sering terperangkap di dalam kesesakan jalan raya yang disifatkan sebagai terburuk di dunia.
Dengan hanya menggunakan aplikasi mudah alih, Grab menawarkan perkhidmatan kereta peribadi, teksi hinggalah kepada motosikal pada masa ini.
Pengarah Pemasaran Grab Indonesia, Mediko Azwar berkata, syarikat berkenaan yang pada masa ini menawarkan perkhidmatan hanya pada hujung minggu sedang mengkaji kemungkinan untuk memperluaskannya kepada operasi seharian.
"Kami mengkaji keperluan orang ramai, terdapat eksekutif yang perlu bergerak dari satu tempat ke satu tempat dalam tempoh segera,” katanya.
Azwar berkata, setakat ini perkhidmatan GrabHeli masih diperingkat awal dan beliau enggan mendedahkan tambang yang dikenakan kepada pelanggannya.
Kesesakan jalan raya yang teruk sering menyebabkan produktiviti menurun berikutan pelbagai urusan terpaksa dibatalkan termasuk mesyuarat penting.
Grab merupakan syarikat pertama menawarkan perkhidmatan helikopter di Jakarta, walaupun Uber sebelum ini berura-ura untuk memperkenalkan perkhidmatan yang sama.
Kalangan penduduk Jakarta yang sangat kaya menyewa helikopter untuk memudahkan mereka bergerak sudah menjadi satu kebiasaan.
Grab pula beroperasi di enam buah negara iaitu Singapura, Indonesia, Filipina, Malaysia, Thailand dan Vietnam.
Syarikat beribu pejabat di Singapura itu menawarkan perkhidmatan meliputi kereta peribadi, motosikal, teksi dan motosikal serta cukup popular dalam kalangan 600 juta penduduk kelas pertengahan di rantau berkenaan. - AFP
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sSwXVQ
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Grab Helikopter Pula Diperkenal Di Indonesia
Itulah artikel Grab Helikopter Pula Diperkenal Di Indonesia Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Grab Helikopter Pula Diperkenal Di Indonesia dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/grab-helikopter-pula-diperkenal-di.html
0 Response to "Grab Helikopter Pula Diperkenal Di Indonesia"
Catat Ulasan