Loading...

Guna Peralatan Sedut Diesel Ke Dalam Tangki Kereta Diubah Suai

Loading...
Guna Peralatan Sedut Diesel Ke Dalam Tangki Kereta Diubah Suai - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Guna Peralatan Sedut Diesel Ke Dalam Tangki Kereta Diubah Suai, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Guna Peralatan Sedut Diesel Ke Dalam Tangki Kereta Diubah Suai
link : Guna Peralatan Sedut Diesel Ke Dalam Tangki Kereta Diubah Suai

Baca juga


Guna Peralatan Sedut Diesel Ke Dalam Tangki Kereta Diubah Suai

Guna Peralatan Sedut Diesel Ke Dalam Tangki Kereta Diubah Suai

Sindiket menjual hasil bahan bakar yang dicuri pada harga antara RM400 hingga RM450 kepada seorang lelaki. (Gambar: everymanracing.co.uk)

Ketika rakyat negara ini resah pada setiap minggu melihat harga petrol dan diesel yang dijual di pasaran tempatan turun naik, ada pula segelintir pihak bersikap durjana mencuri diesel untuk tujuan meraih untung.

Satu geng dipercayai terbabit secara aktif dalam sindiket mencuri diesel sejak setahun lalu di sekitar Johor Bahru yang didalangi warga tempatan akhirnya tumpas selepas diberkas polis dalam beberapa serbuan secara berperingkat baru-baru ini.
 

SIAPA PEMBELI?

Difahamkan, sindiket itu akan menjual hasil bahan bakar yang dicuri pada harga antara RM400 hingga RM450 kepada seorang lelaki yang masih bebas dan kini menjadi buruan polis.

Bertindak atas maklumat mengenai kegiatan itu, pada Isnin lalu sepasukan pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Utara pergi ke sebuah lokasi di Taman Dewan Jaya pada jam 11.30 malam sebelum menahan seorang suspek lelaki berusia 36 tahun.

Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Mohd Taib Ahmad, hasil siasatan polis kemudian mendapati suspek tersebut terlibat dalam beberapa kes curi minyak diesel dari tangki minyal lori yang diletakkan pemilik di kawasan sekitar Johor Bahru.
 

SUSPEK BERJAYA DI BERKAS

Tambahnya, hasil serbuan berasingan yang dilakukan polis kemudian turut menahan dua lelaki warga tempatan berusia 30 dan 34 tahun di sebuah bengkel kereta di kawasan Larkin, Johor Bahru.

"Kedua suspek dipercayai rakan sindiket yang sama dan hasil pemeriksaan polis turut menemui dua paket  disyaki syabu dalam seluar kedua-dua suspek terbabit.

"Susulan penahanan kedua suspek terbabit, polis juga menemui peralatan menyedut minyak diesel beserta tangki simpanan minyak yang diletakkan dalam sebuah kereta yang telah diubahsuai," katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Mohd Taib, ketiga-tiga suspek kini ditahan reman untuk siasatan selanjutnya dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sBqUnB

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




Thus Article Guna Peralatan Sedut Diesel Ke Dalam Tangki Kereta Diubah Suai

Itulah artikel Guna Peralatan Sedut Diesel Ke Dalam Tangki Kereta Diubah Suai Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Guna Peralatan Sedut Diesel Ke Dalam Tangki Kereta Diubah Suai dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/guna-peralatan-sedut-diesel-ke-dalam_24.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Guna Peralatan Sedut Diesel Ke Dalam Tangki Kereta Diubah Suai"

Catat Ulasan

Loading...