Loading...

Guru baharu dinasihatkan tidak mohon pertukaran awal

Loading...
Guru baharu dinasihatkan tidak mohon pertukaran awal - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Guru baharu dinasihatkan tidak mohon pertukaran awal, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Guru baharu dinasihatkan tidak mohon pertukaran awal
link : Guru baharu dinasihatkan tidak mohon pertukaran awal

Baca juga


Guru baharu dinasihatkan tidak mohon pertukaran awal

KUALA NERANG: Guru baharu yang dihantar untuk mengajar di Sabah dan Sarawak dinasihatkan supaya tidak membuat pemohonan pertukaran ke Semenanjung sekurang-kurangnya sehingga jawatan mereka itu disahkan terlebih dahulu.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata guru-guru baharu ini perlu menggunakan peluang yang ada untuk menimba seberapa banyak pengalaman mengajar di negeri itu terutama di kawasan pedalaman.

"Guru baharu yang dihantar ke sana janganlah duduk setahun lepas itu hendak balik. Sekurang-kurangnya duduk tiga, empat tahun dahulu.

"Jangan menangis dulu dalam tempoh setahun itu. Ambil peluang yang diberi ini untuk timba pengalaman dan rasai keseronokan duduk di kawasan pendalaman," katanya kepada pemberita di sini, pada Sabtu.

Terdahulu, Mahdzir telah melawat dan memberi sumbangan kepada dua penerima di Kampung Padang Bakong, di sini, yang menghidap penyakit angin ahmar dan sakit tua.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai lambakan pemohonan 'guru duka lara' yang memohon untuk membuat pertukaran pulang ke negeri masing-masing.

Kementerian Pendidikan (KPM) sebelum ini telah meluluskan sebanyak 2,261 permohonan pertukaran kes 'guru duka lara' daripada 6,636 pemohonan bagi tempoh Jan hingga Jun tahun ini.

"Pertukaran memang boleh dibuat tetapi ia perlu mengikut peraturan dan jumlah yang memohon juga banyak sebab itu proses pertukaran akan mengambil masa sedikit.

"Kita juga perlu lihat jumlah bakal guru yang akan keluar dari Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dan universiti awam bagi memastikan jumlah yang pulang dan dihantar adalah sama," katanya.

Mahdzir berkata sebanyak dua lagi pertukaran 'guru duka lara' akan dilakukan pada bulan Oktober dan Disember tahun ini.

-- BERNAMA



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qRrGZu

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article Guru baharu dinasihatkan tidak mohon pertukaran awal

Itulah artikel Guru baharu dinasihatkan tidak mohon pertukaran awal Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Guru baharu dinasihatkan tidak mohon pertukaran awal dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/guru-baharu-dinasihatkan-tidak-mohon.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Guru baharu dinasihatkan tidak mohon pertukaran awal"

Catat Ulasan

Loading...