Loading...

Hanya BN mampu teruskan khidmat kepada rakyat selepas pilihan raya - Musa Aman

Loading...
Hanya BN mampu teruskan khidmat kepada rakyat selepas pilihan raya - Musa Aman - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Hanya BN mampu teruskan khidmat kepada rakyat selepas pilihan raya - Musa Aman, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Hanya BN mampu teruskan khidmat kepada rakyat selepas pilihan raya - Musa Aman
link : Hanya BN mampu teruskan khidmat kepada rakyat selepas pilihan raya - Musa Aman

Baca juga


Hanya BN mampu teruskan khidmat kepada rakyat selepas pilihan raya - Musa Aman

NABAWAN: Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman optimis bahawa selepas pilihan raya akan datang hanya Barisan Nasional (BN) yang  mampu bertahan meneruskan perkhidmatan kepada rakyat.

Katanya parti-parti politik pembangkang sama ada yang lama atau baharu ditubuhkan akan senyap dan menyepi apabila selesai sahaja pilihan raya.

“Percayalah bahawa dengan kehadiran parti-parti pembangkang yang muncul seperti cendawan di waktu hujan,  akan lenyap selepas hujan berhenti,” katanya ketika berucap pada Majlis Program Iftar Umno Zon 4 dan Perasmian Masjid Al-Hidayah, Pekan Nabawan, di sini Jumaat malam.

Justeru, Musa mengingatkan rakyat di Pensiangan, Keningau, Tenom dan Ranau agar sentiasa berwaspada dan tidak terpengaruh serta terkeliru dengan dakyah-dakyah yang dimainkan oleh parti pembangkang.

Katanya BN tidak gentar dengan kemunculan parti-parti pembangkang di Sabah kerana yakin dengan sokongan rakyat terhadap BN, termasuk penduduk Pensiangan, di mana masyarakatnya adalah bersatu.

“Apa juga perayaan di sini (Pensiangan), apa juga perjumpaan di sini saya dapati kehadiran yang begitu ramai… saya sangat kagum dengan rakyat di sini,” katanya.

Musa juga mengingatkan rakyat di daerah ini supaya menghindarkan diri daripada dihinggapi sikap negatif seperti iri hati dan dengki kerana matlamat kepimpinan BN ialah untuk memberi bantuan sewajarnya  kepada rakyat.

Turut hadir di majlis itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup, Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Yahya Hussin, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Alam Sekitar Sabah Datuk Seri Masidi Manjun, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Hal Ehwal Pengguna Negeri Sabah Datuk Jainab  Ahmad Ayid serta Ketua Bahagian Umno  Zon 4 iaitu Datuk Sairin Karno (Keningau), Datuk Ghani Yassin (Pensiangan),  Datuk Seri Masidi Manjun (Ranau) dan Datuk Rubin Balang (Tenom).

Pada majlis itu, Musa turut merasmikan Masjid Al-Hidaya Pekan Nabawan yang berharga RM2 juta, selain meluluskan peruntukan pembinaan bilik jenazah serta perparitan masjid baharu itu.

Musa turut menyampaikan sumbangan kepada 13 cawangan kelas bimbingan saudara baharu di daerah Sook dan sembilan cawangan daerah Nabawan.

-- BERNAMA.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sC4js9

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article Hanya BN mampu teruskan khidmat kepada rakyat selepas pilihan raya - Musa Aman

Itulah artikel Hanya BN mampu teruskan khidmat kepada rakyat selepas pilihan raya - Musa Aman Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Hanya BN mampu teruskan khidmat kepada rakyat selepas pilihan raya - Musa Aman dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/hanya-bn-mampu-teruskan-khidmat-kepada.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Hanya BN mampu teruskan khidmat kepada rakyat selepas pilihan raya - Musa Aman"

Catat Ulasan

Loading...