Loading...
Tajuk : Henti Fitnah Sesama Agama Dan Bangsa
link : Henti Fitnah Sesama Agama Dan Bangsa
Henti Fitnah Sesama Agama Dan Bangsa
KOTA KINABALU: Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin, menyeru seluruh umat Islam dan rakyat Sabah agar terus bersatu padu dan menghentikan fitnah sesama agama serta bangsa.
Juhar berkata, rakyat harus bersyukur atas limpahan kesenangan, keharmonian dan keamanan yang dikecapi di negara ini.
Berbanding di negara lain, katanya, rakyat negara ini bertuah kerana dapat merayakan Aidilfitri dengan sempurna dan selamat.
"Di negara lain, ada yang terpaksa tinggal di kem pelarian yang daif, terdedah kepada kesejukan, tiada makanan dan ubatan.
"Kita di Malaysia, ada tempat berteduh, makan dan minum lebih daripada mencukupi, ada saja bantuan dihulur kerajaan dan masyarakat yang prihatin terhadap nasib golongan daif dan mereka yang ditimpa malapetaka," katanya dalam perutusan sempena Hari Raya Aidilfitri.
Juhar turut mengajak umat Islam untuk menyambut dengan mesra dan ikhlas kunjungan orang bukan Islam ke rumah terbuka mereka.
Katanya, kesediaan berbaik dengan orang bukan Islam akan memperkukuhkan perpaduan antara kaum, sekali gus menjamin keharmonian penduduk.
"Kita juga harus ingat pengorbanan pihak keselamatan kerana kesanggupan mereka menjalankan tugas bagi memastikan keselamatan di sempadan terjamin.
"Sikap cekap, dedikasi dan profesional mereka membolehkan kita merayakan Aidilfiti dengan selamat," katanya. - BHOnline
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2t88N9K
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Henti Fitnah Sesama Agama Dan Bangsa
Itulah artikel Henti Fitnah Sesama Agama Dan Bangsa Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Henti Fitnah Sesama Agama Dan Bangsa dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/henti-fitnah-sesama-agama-dan-bangsa.html
0 Response to "Henti Fitnah Sesama Agama Dan Bangsa"
Catat Ulasan