Loading...

Husam Calon MB Pakatan Harapan?

Loading...
Husam Calon MB Pakatan Harapan? - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Husam Calon MB Pakatan Harapan?, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Husam Calon MB Pakatan Harapan?
link : Husam Calon MB Pakatan Harapan?

Baca juga


Husam Calon MB Pakatan Harapan?

Caspian

Husam Musa


Pakatan Harapan dijangka menamakan Naib Presiden Amanah, Datuk Husam Musa sebagai calon Menteri Besar Kelantan sekiranya tampuk kerusi di negeri ini bertukar tangan dalam PRU14 nanti.

Perkara itu disuarakan oleh Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang ketika berucap di Majlis Sambutan Aidilfitri Parti Amanah di Dewan Perniagaan Cina di sini hari ini.

Kit Siang berkata, beliau mahu melihat pada Aidilfitri akan datang, tampuk kerusi kepimpinan kerajaan Kelantan akan berubah dengan kepimpinan diterajui oleh Husam.

“Kita kena ubah Kelantan dan mengikut kata Presiden Amanah (Mohamad Sabu), kita ada harapan, oleh itu pada Aidilfitri tahun depan kita mahu ada menteri besar yang baharu.

“Kita tunggu perubahan besar ini dan kita mahu tahun depan rumah terbuka yang berbeza dan saya datang ke Kota Bharu untuk meraikan kejayaan dibawah kerajaan Pakatan Harapan Kelantan dibawah Datuk Husam,” katanya disambut oleh ribuan penyokong pakatan.

Husam sebelum ini menjawat Exco Kanan semasa pentadbiran bekas Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan dicanang mengantikan kepimpinan Allahyarham.

Dalam pada itu Mohamad berkata, parti Amanah yakin membuat kejutan dengan menawan Kelantan dalam PRU nanti setelah melihat keadaan sokongan rakyat di negeri ini.

Beliau berkata, keyakinan itu berdasarkan satu kajian yang dibuat menunjukkan peningkatan ketara sokongan yang diterima rakyat Kelantan khususnya penduduk Kota Bharu terhadap parti ini.

“Kajian dan culaan awal Januari lalu menyatakan kalau pilihan raya diadakan ketika itu, Amanah tidak memperoleh sebarang kerusi, kemudian empat bulan iaitu April dan awal Mei, kajian menunjukkan Amanah boleh capai beberapa kerusi di Kota Bharu.

“Kalau kajian ada lagi lima bulan akan datang, kita yakin Pakatan Harapan akan dapat sokongan dan mampu memerintah Kelantan,” katanya.

Mohamad berkata, antara daerah yang menunjukkan peningkatan ketara keahlian adalah di Kubang Kerian, Pengkalan Chepa dan Kota Bharu.

Sehubungan dengan itu, parti itu akan terus akan diperkuat di masa hadapan selain meneruskan program termasuk memberi penerangan terhadap isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Pendedahan terhadap isu 1MDB akan diteruskan dan kita bergerak di seluruh negara bermula di Pulau Pinang, usaha untuk menyelamatkan negara akan diteruskan dan minta rakyat dan semua pihak menukar pemerintahan negara pada PRU akan datang,” katanya



Thus Article Husam Calon MB Pakatan Harapan?

Itulah artikel Husam Calon MB Pakatan Harapan? Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Husam Calon MB Pakatan Harapan? dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/husam-calon-mb-pakatan-harapan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Husam Calon MB Pakatan Harapan?"

Catat Ulasan

Loading...