Tajuk : Husni Hanadzlah jumpa Zambry
link : Husni Hanadzlah jumpa Zambry
Husni Hanadzlah jumpa Zambry
Kehadiran Ahli Parlimen Tambun, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah ke Pejabat Menteri Besar Perak, hari ini menarik perhatian media yang berada di situ bagi menantikan sidang media Mesyuarat Exco.
Ahmad Husni yang tiba kira-kira jam 11.50 pagi itu dilihat bersama-sama dua individu sempat menyapa wartawan yang berada di ruang luar Pejabat Menteri Besar sebelum dijemput masuk ke dalam bilik Setiausaha Sulit Menteri Besar.
Pada jam 12.05 tengah hari, Ahmad Husni bersama dua individu tersebut kemudiannya keluar dari bilik berkenaan selepas dipercayai bertemu Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.
Ketika ditemui media selepas itu, Ahmad Husni hanya bertanyakan khabar rakan-rakan media dan tidak menjelaskan pertemuan dengan Zambry itu.
Malah, beliau turut berswafoto bersama-sama wartawan sebelum meninggalkan Pejabat Menteri Besar.
Sementara itu, Zambry dalam sidang medianya selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco menjelaskan pertemuan dengan Ahmad Husni merupakan perkara biasa bagi menyelesaikan isu rakyat.
“Tak ada apa, saya sebagai MB apabila Ahli Parlimen atau wakil rakyat ingin berjumpa dengan saya, maka saya akan memberi ruang kepada mereka berjumpa dan menyampaikan sesuatu atau memohon bantuan daripada kerajaan negeri bagi menyelesaikan masalah-masalah tertentu.
“Jadi saya tiada masalah dengan sesiapa pun termasuk pembangkang. Cuma pembangkang sahaja yang ada masalah dengan saya. Tapi itu pun bukan semua, ada sorang dua sahaja yang ada masalah. Malah yang tak baik pun dah baik dengan saya. I’m ok to everybody (saya ok dengan semua orang),” katanya.
The post Husni Hanadzlah jumpa Zambry appeared first on Berita Viral.
✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rXG2Yz
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Husni Hanadzlah jumpa Zambry
Anda sedang baca artikel Husni Hanadzlah jumpa Zambry dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/husni-hanadzlah-jumpa-zambry.html
0 Response to "Husni Hanadzlah jumpa Zambry"
Catat Ulasan